31 March 2015

2WW yang mendebarkan

Assalamualaikum.

Hari ini, kalau tak salah pengiraan, dah masuk DPO-2. Bulan dan cycle ke-2 yang on clomid. Selain tu, dengan kualiti telurnya lagi, memang nervous betul nak habiskan 2WW. This cycle cuba BD sekerap yang mungkin dan ikut suggestion doctor.

Tapi untuk hari selang ke-3 tu yang tak sempat sebab hubby tak sihat. That day adalah hari selepas ovulation. Rasa ralat juga tapi tak kan nak paksa plak kan? tak pe la, dah usaha, kami tawakal je. Harap dengan tidak menaruh terlalu tinggi harapan, berharap agar rezeki kami dipermudahkan untuk dapat zuriat.

Nampak tak berapa banyak perkataan harap. No one else understand my situation except you are TTC and experience the moment during TTC. This cycle mungkin the last cycle makan ubat doc untuk TTC. Sebab lepas ni ingat nak rest dulu.

Untuk TTCian yang lain, sy pun doakan untuk semua supaya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki untuk mendapat zuriat. Amin :)

25 March 2015

Scan ovum

Assalamualaikum.

Hari ini CD-13. Pagi sebelum masuk office, pergi jumpa gyne dulu sebab nak scan rahim untuk cek ovum. Untuk bulan ni, doctor tambahkan dos pengambilan clomid iaitu dari 2 biji ke 3 biji/ 1 hari. Bila dah tambah dos ni, dia punye efek yang agak obvius ialah jerawat yg besar tempel dekat muka okey...T_T

Based on scan by today, result clomid pada telur untuk cycle ni agak mengecewakan. Not as expected. Doctor bagi tahu, cycle ni ovum produce ada 2 TAPI..... satu daripada ovum tu, saiznya agak besar dari biasa. Kualiti pun kurang jugak, sama macam bulan lepas. Doctor suruh usaha jugak. Do your best.

Statement doctor agak down kan sikit semangat. Hurm..entah la. A bit frust sebab bila doctor dah tambah dos clomid, ingat ovum boleh produce dengan lebih kualiti. Jika ada yang visit here, doakan untuk kami ye. This month, mana tau boleh dapat good news sekali dengan annivesery 2 tahun kahwin (bulan depan).

Kos untuk appoinment kali ni:-

- scan rahim : RM 60-00

~until next post~

15 March 2015

BBT : cycle ke-7

Assalamualaikum.

Refer pada entry sebelum ni. Dimana red cross line dan ovulation day tak dapat detect sebab FF confius. Selain tu, cycle kali ni memang kesihatan tak mengizinkan. Dengan batuk dan selsema yang sangat buat badan lemah. Ingatkan sakit2 ni mungkin berisi tapi expectation meleset.

Disebabkan kali ni punya cycle belum berjaya, so, sabtu lepas 14.3.2015 pergi jumpa gyne. Doctor bagi clomid lagi. Cuma kali ni doc naik kan dos. 1 hari kena makan 3 biji. Hopefully this time ada rezeki. Memang kalau dah makan 3 biji, memang banyak tuh. Efek nye nanti cm mana lah kan.

Kos untuk appoinment kali ni adalah RM120.00. Mungkin sebab masa jumpa doc hari tu, doc ada scan rahim sebab nak cek kenapa belum period dan doc ada suruh buat upt tapi negative. So, result nya, kena makan clomid lagi la. Tu yang mahal kot. Tak pe lah, every cost yang keluar, relakan je demi untuk rezeki yang 1 ni.

Refer to graph, nak illustrate and ringkasan sikit.


1. Cycle ke-7 buat BBT ni adalah kali pertama on clomid. Efek atau kesan bila on clomid ni yang paling ketara, badan sangat  panas dan berbahang. Selain tu, jerawat timbul. Besar dan jerawat nye tak kecut pun. Tiba2 je dia hilang sendiri (dalam few days). ** Lain orang, lain badan, lain efek on clomid ye.

2. As mentioned, badan jadi bahang masa on clomid. Suhu agak tinggi dan mempengaruhi BBT. Suhu memang maintain dari range 36.6 C - 36.7 C. Tapi lepas habis clomi, suhu turun sekejap tapi naik lagi waktu kena batuk & selsema ritu.

3. This time, cervical mucus untuk Eggwhite (EW), memang bole tengok dalam 3 hari tapi paling obvius pada CD-15. TAPI kalau notice pada simptom DPO atau day past ovulation seperti sakit pinggang, tender nipple (TN), badan letih dan berangin, cuma mula rasa pada CD-18. So, mungkin O-day pada CD-17.

4. Pada CD-14 & CD-16 ada buat OPK test tapi negative. Tak letak pun pada graph sebab dapat (-ve).

5. Bila kesihatan merudum, suhu memang turun naik. FF tak dapat nak detect O-day sebab peningkatan suhu untuk 3 hari berturut2 tak jelas di graph. So, sehingga CD-25, still sama je. Terpaksa buat Manual Turning Override. Tentukan O-day secara manual. 

6. Kenapa keluar cross line warna biru? sebab buat Manual Turning Override. Boleh belek FF application untuk tahu pasal ni. Maaf, tak sempat nak cite.

7. Disebabkan on clomid ni la, period jadi panjang 3 hari. Mungkin la sebab clomid.

~until next post~

02 March 2015

Red Cross Line tak muncul (BBT)

Assalamualaikum.

Agak stress for this cycle. Hari ini dah masuk CD-21 tapi crossLine pada BBT still tak muncul. Padahal, dalam masa yang sama, simptom DPO dah dapat rasa dah.


Masuk ke hari ini, suhu asyik flat je. Takat 36.6 C saje. Nak kata belum ovulate tapi simptom DPO dah rasa. Contohnya :

1) Tender Nipple (TN)
2) Saki pinggang:  tak payah kata la.. asal salah duduk, sakit nye memang lambat nak hilang
3) Berangin & asyik loya.

Tadi pagi ada try buat UPT tapi macam yang dijangka, terlalu awal. So, dapat la BFN (Big Fat Negative).

Adakah semua ni sebab on clomid????

Penantian yang membuat badan rasa tak semangat... :(

Sekian.