Assalamualaikum. Sebenarnya entry ni dah lama buat tapi baru nak share. Sebelum lupa, taip siap2. Baru kali ini rasa macam dah kuat azam nye nak mula usaha secara serius. Bila baca blog TTC yang lain, memang boleh naik semangat. Kalau kite rasa belum ada luck, orang lain punya dugaan lagi besar.
Inilah rawatan dan inisiatif pertama kami buat selepas 1 tahun beberapa bulan kawin sebab nak TTC secara semulajadi. Ubat2 pun tak ada ambil secara serius, cuma ada ambil acid folic dalam tempoh 1 bulan je pastu makan secara yang2 yok je. Huhu. (makan ikut rajin je)
Untuk yang kali pertama ni, my dad yang ajak pergi bekam dan urut. Mungkin my dad pun dah teringin nak cucu. First time ni, pegi bekam. Tapi untuk hubby, ni kali kedua la pegi bekam. Sebab pe? Dia penah buat sesaje untuk kesihatan. So, untuk kali ni hubby bekam lagi sebab treatment bekam kena 2 2 buat.
Bekam ni namanya bekam zuriat. Untuk sesi pertama, suami isteri kena berbekam. Disebabkan sy kena bekam, mestilah ada tukang bekam perempuan. Suami dengan tukang bekam lelaki.
Bekam ni namanya bekam zuriat. Untuk sesi pertama, suami isteri kena berbekam. Disebabkan sy kena bekam, mestilah ada tukang bekam perempuan. Suami dengan tukang bekam lelaki.
Perasaan buat bekam? Disebabkan buat kat badan sendiri, mana boleh tengokkan? Biasanya, tengok orang buat, macam seram sikit. Tapi kali ni, lalui sendiri. Rasa sakit tu ada la sikit waktu dia cucuk2 kat badan untuk ada rongga untuk keluarkan darah kotor tapi bukan la cucuk pakai jarum besar. Dia guna pen yang bermata jarum halus. Orang tu cucuk random je la tapi sebelum tu dia akan tekap dan pam kulit guna cup bekam tu.
Ok. Nak share sikit gambar bekam. Ni ehsan dari Google ye.
Lepas beberapa minit, dah ada kesan tekap, baru dia randomly cucuk2. Kalau cara lama, tukang bekam toreh pakai pisau lipat untuk keluar kan darah kotor, tapi kat tempat tu, tak guna cara tu. Giler nak try. Sakit tuh kalau di toreh.
Ok. Nak share sikit gambar bekam. Ni ehsan dari Google ye.
**gambar ni dari internet. Bukan gambar sendiri. Harap maklum.
Lepas beberapa minit, dah ada kesan tekap, baru dia randomly cucuk2. Kalau cara lama, tukang bekam toreh pakai pisau lipat untuk keluar kan darah kotor, tapi kat tempat tu, tak guna cara tu. Giler nak try. Sakit tuh kalau di toreh.
Lama juga nak tunggu selesai, siap boleh tidur taw. Mana tak nya, bekam belakang dan depan badan. Tapi ada kawasan tertentu la dia pam untuk bekam. Set yang mesy ambil ni full set bekam; means cup bekam tu banyak digunakan.
Lepas siap berbekam, sesi urut pula. Dia urut 1 badan dan sekali urut untuk betulkan peranakan. Perghh..sakit..dia tekan. Ada la dalam 2 ke 3 kali dia urut tapi yang 1st tu la sakit sikit, senak tuh. Lepas tu tak la sakit sangat.
Ok, bab kos nye pula, tak payah cakap la. Mahal den koba an. Set bekam 1 badan dan urut: -
RM 450. [ urut 1 badan & bekam lebih kurang 30 - 40 cup]
Apa yang membuatkan ia mahal? untuk bekam yang mahal. Nasib la my dad nak support sikit. Kalau ikut kan diri sendiri, nak pegi cek ke klinik je dulu. Parent kata tak pe, kita usaha dulu. :-)
Apa rasa lepas rawatan tu, badan rasa ringan sikit la dan lambat rasa sejuk (sebelum ni badan cepat sejuk & berangin dan rasa badan tak berapa sihat). Walhal, orang lain panas. Tukang urut tuh pun boleh agak apa masalah badan.
Okeh, sambung entry lain tuk sesi bekam dan urut yang kedua..
Okeh, sambung entry lain tuk sesi bekam dan urut yang kedua..
~ until next post ~
No comments:
Post a Comment
Beautiful word is recommended here ;)