06 June 2018

Sambung Treatment Semula (CD16)

Assalamualaikum.

Lepas sekian lama blog bersawang dan lepas dekat 3 tahun rehat sepuas-puasnya tanpa makan apa-apa ubat or jumpa gyne.

Tahun nie, umur makin tambah dan hati pun makin risau fikirkan TTC journey nie. Lepas dah bincang dengan husband and paksa semangat sikit nak mula balik, dapat la 1 keputusan.

May 2018. Pergi klinik lain pula untuk dapatkan 2nd advice for this TTC journey. Sekali lagi, kena lalui proses yang sama iaitu scan telur, makan clomid, BD and 2week wait. Benda yang paling tak boleh tunggu ialah 2week wait (2ww).

Mana tak nya; dalam tempoh 2ww/DPO tu, macam-macam simptom sampai overthinking. Setiap hari kena positif kan diri sendiri je. Yela, kalau sendiri tak buat, siapa lagi nak motivasikan diri sendiri kan.

Untuk rujukan sendiri untuk akan datang :-

April Cycle

~ 6.5.2018 : Jumpa doc untuk kali pertama. Doc tanya all details pasal period & health both H&W. Doc terus scan telur dan doc kata telur ada produce and size is 19mm [good condition]

~ Selain itu, doc bagi acid folic untuk makan sampai pregnant tapi doc bagi tak banyak pun. Cuma untuk 30 biji je. Doc pesan if bulan ni (May) period, datang jumpa doc semula untuk ambil clomid.

May Cycle

~ 22.5.2018 : As expected, period pun turun sebab badan rasa macam biasa, tak ada simptom yang pelik.

~ 26.5.2018 : Disebabkan kerja, datang jumpa doc masa CD5. Doc bagi clomid 50gm untuk makan 2biji/intake. Makan untuk 5 hari dan datang 2.6.2018 untuk scan telur.

~ 2.6.2018 : Jumpa doc terus scan telur. Ada 2 telur (sihat). Doc advise teruskan makan acid folic dan jangan stop. Jika bulan ni still sama juga macam bulan lepas, nanti datang lagi untuk ambil clomid yang baru.


Doc inform me, dalam masa 3 bulan if not conceive, dia akan suruh buat cek tiub or HSG test. Berharap sangat, tak sampai ke prosedur tu dan semoga rezeki ada bulan ni. 

No comments:

Post a Comment

Beautiful word is recommended here ;)