Showing posts with label thermometer. Show all posts
Showing posts with label thermometer. Show all posts

27 December 2015

Current BBT chart: Month of December

Assalamualaikum.

Sambungan entri kedua untuk bulan Disember.



Cycle kali ini mungkin agak terganggu dengan kerja. Huuaaaaaaa T_T nak nangis rasanya bila tengok chart ni berulang kali. Dengan skip temping beberapa hari, jadi lompong aje kat graph. Baru perasan cycle kali ni agak luar biasa sikit selepas di analisis sendiri.

  • Bila tengok pada chart, suhu agak rocky. Padahal bulan ni mana ada ambil apa-apa supplement atau ubat pun. 
  • Lepas tu, boleh pulak O-day kali ni jatuh pada CD-12. T_T Cannot accept this time.
  • Pada awalnya macam tak percaya dengan chart FF ni tapi bila start CD23, dah mula spotting. Memang agak pelik. Ingatkan bleeding nak pregnant ke kan, tapi semua harapan palsu je.
  • Bila da tengok hujung2 hari, suhu mula turun dan perut asyik la cramp (yang mana waktu tu keliru, ni lapar ke cramp).
  • Cycle kali ni 26 hari je. Tak sampai 29 hari pun. Kebiasaan nya cecah 29 ke 32 hari.
  • Risau la tengok cycle dah makin pelik ni.
Sekian. yang menunggumu anak ibu~

01 November 2015

Sekali lagi. Bulan baru disambut dgn cycle baru

Assalamualaikum.

Hati macam half dissapointed and another half is as expected. Mana tak nya, suhu pada 3 DPO terakhir maintain tinggi dengan suhu 36.8 C dan juga keringkan hati buat upt test supaya tak terlalu put hope.



1. Bulan ni lansung tak buat OPK test (untuk tentukan Ovulation day). So, bila tengok chart memang la agak stress bila tengok suhu da spike naik tapi cross line tak betul kedudukannya.

2. This time punya cycle, suhu macam agak main cak-cak waktu nak spike naik. Sudahnya, tak tahu time bila O-day.

3. Kalau tengok, de dot putih kan. Tu sebab "sleep deprive". Sejak bulan lepas, tidur memang tak de kualiti lansung. Walaupun pun dah masuk tidur pukul 10 paling awal & pukul 11 malam paling lewat, mesti akan terjaga around 3 pagi - 5 pagi. Mata jadi segar sampai tak boleh tidur balik. Bila dah pukul 6 pagi - waktu sepatutnya bangun, dah mengantuk balik. Macam ada anak pulak...T_T

4. Nampak tak dalam chart, 1 hari suhu 36.9 C dan 4 hari suhu kekal di 36.8 C. Ingatkan ada chance la tapi dalam hati fikir, tender breast pun dah surut, macam tak de chance je.

5. Last2, CD31, buat UPT test, memang dapat BFN (Big Fat Negative) la. Terus siangnya di pejabat, ada spotting. Memang spotting nak period bukan spotting luar biasa.

6. Dan CD 32, suhu pun dah turun menjunam. So, hati ni redha je la nak period. Masuk je 1 November, terus flow period.

~ mari lah kita berusaha lagi ~

07 September 2015

BBT Chart : cycle Ogos '15

Assalamualaikum.

Sambungan entry yang kedua untuk hari ini.


1) Bulan Ogos cycle pendek pulak kalau nak dibandingkan dengan cycle Julai (32 hari). Tapi cycle Ogos 26 hari je.

2) Bulan ni dapat tengok suhu mendatar untuk 6 hari dari CD-10 ke CD-14.

3) Selepas dari CD-14, terus suhu naik dan itu menandakan dah ovulasi.

4) Suhu lepas ovulasi, agak turun naik. Last2, menjunam terus.



Ok la, itu sahaja update setakat ini. Sekarang tengah cycle baru - CD-5 hari ni (8.9.2015). Terima kasih membaca blog yang sangat slow ni..hee.

BBT Chart : cycle Julai '15

Assalamualaikum.

Hari ini nak update 2 cycle punya chart sekali harung disebabkan hari tu postpone buat entry. Cuma update cycle je macam bulan-bulan yang lain.


1) Cycle Julai ini lompong suhu banyak masa awal cycle. Disebabkan period melanda di penghujung ramadhan. Memang la banyak puasa kena ganti untuk tahun ni. So, masa awal2 cycle tu, memang sengaja stop temping sebab nak chart nya dapat dot cantik.

2) Bulan julai ni jugak ovulate lambat iaitu CD-19. Mungkin sebab terlampau stress di tempat kerja.

3) Kalau tengok masa CD-11, suhu mencanak naik kepada 36.9 C. Ha.. kalau tak biasa dengan rentak suhu badan sendiri mesti ingat ada bunga-bunga harapan tapi tak pun sebenarnya. Kebiasaannya, my cycle, antara CD-10 ke CD-11, memang dia suka naik tinggi gitu. Lepas esoknya, suhu turun dan macam biasa lah, bendera merah lepas tu.

4) Rujuk pada chart, sy jumpa 'whiteegg' tu masa CD-16. Ingatkan dah nak ovulate, rupanya lewat sikit dari expected.

Sekian.

05 July 2015

May 2015 : BBT chart

Assalamualaikum.

Blog owner dah mula nak menyepi. Kesian blog terabai kejap. Buat masa ni just nak update pasal chart untuk cycle of May. Seperti yang sebelumnya, masih belum concieve. Dan setiap hari kena motivate diri sendiri untuk jangan terlampau fikir yang negatif.


1) Cycle bulan Mei sikit panjang. It takes 29 days. 
2) Ovulation day spotted on the graf pun macam lari sikit iaitu pada CD 13. Selain tu, dapat juga OPK positive waktu CD13.
3) Masa CD24 tu ada white dot kan, tak ingat sebab apa. Rasanya 'sleep deprive' kot sebab asyik terjaga dari tidur. 
4) Selain tu, bulan agak lama juga la spotting baru betul2 ada flow darah.

Itu sahaja setakat ni. Untuk Cycle Jun, belum lagi. Tengah counting DPO. Berharap kami ada rezeki di bulan Ramadhan yang mulia ni. Aaminn. 

12 May 2015

April : Cycle rehat dari ubat

Assalamualaikum.

Seperti yang dijangka, bulan lepas memang belum rezeki lagi sebab tengok tak ada perbezaan apa2 dengan cycle yang sebelum ni.


1. Hari pada cycle ni da kembali normal iaitu kembali ke 28 hari. 
2. O-day pun dah duk diam2 kat cd-14.
3. Suhu bulan ni agak banyak yang mendatar tapi flow suhu tu pun da normal jika dibanding masa ambil clomid. 

Sekarang ni tengah pikir, cara apa lagi nak cuba tuk cycle seterusnya ni. Nak jumpa gyne lain tapi tak tahu mana yang elok dan mampu untuk tanggung kos.

~until next post~

17 December 2014

BBT : November cycle

Assalamualaikum.

Okey. untuk bulan ni juga, still tiada gud news. Masih ber-BBT macam biasa. Masih berharap dan mengharap. Masih kena think positive. Kena always kebal hati supaya tak frust menonggeng bila temping suhu menjunam pada hujung2 cycle. smile always even people wouldn't know whats in your heart.



1. Untuk cycle ni, nampak tak banyak dot putih tuh? sebab temping tak ikut waktu biasa and ada save data as tired.

2. Untuk cycle ni juga, bulan kedua makan acid folic as supplement. Sebelum ni tak ambil apa2 pun. Memang TTC naturally.

3. Pada cd-7, suhu 36.9. On that day, demam pasal terlebih buat excercise. Kehkehkeh.. excited nak kuruskan perut, sudahnya, sakit urat, terus demam lepas tu. Then, lansung tak sambung exercise balik.

4. Triphasic pattern tu memang nampak dekat chart tp bulan ni banyak suhu yang mendatar je.

5. Selepas 4 bulan guna BBT chart ni, dapat tengok pattern yang agak boleh kata memang my pattern bila dekat cd-11 / cd-10, suhu akan naik sehingga 36.9 C, selepas tu confirm suhu turun bermakna get ready untuk period. Memang dah perhati untuk chart2 yang lepas, memang ada pattern yang sama kat situ.

6. Hari ini 18.12.2014, is my birthday. Ingat boleh la dapat gudnews on birthday sendiri kan? tapi belum lagi..dalam perancangan Tuhan. Pagi tadi dah kuar CM kaler pink tapi tak banyak, mungkin darah dah on the way nak turun.

ok. until next post. Chaiyok3 !!!!

02 December 2014

BBT chart - 3rd Cycle

Assalamualaikum.

Untuk cycle  yang ketiga. Bulan yang buat diri ini membuat harapan yang menggunung semula sebab suhu macam asyik meningkat naik tapi macam biasa tepat masanya untuk cycle baru, suhu pun drop. Slowly.


1. Bulan ni mula ambil acid folic semula selepas 3 bulan skip. Mungkin ke penyebab ambil acid folid, suhu agak tinggi selepas DPO? ada sape2 tau tak?

2. Pemerhatian selepas 2 cycle ni, ovulation day is around CD-14 ke CD-20. Masih jarak yang agak jauh. Kena tengok cycle seterusnya. Adakah ianya tetap dalam lingkungan hari yang sama.

3. Suhu drop slowly. Ambil masa 3 hari untuk suhu mendatar dan 2 hari untuk suhu drop dan period pun datang.

4. Untuk cycle kali ni, tak de apa nak experiment sangat cuma ada teruja sikit bila suhu badan lain macam je.

~until next post~

23 October 2014

result BBT untuk Cycle-2

Assalamualaikum.

Dah nak penghujung bulan 10 dan esok pun dah Awal Muharam. Cepat nye masa berlalu. Dah dekat 2 bulan berlalu selepas sesi urut dan bekam dulu. Tapi rezeki belum sampai nampaknya. Takpe lah. Nak review chart untuk cycle bulan Oktober.


1) Bulan ni banyak suhu yang agak mendatar. Ada tanya yang senior pasal BBT, katanya sebab guna termometer 1 decimel. Kalau guna termometer 2 decimel, boleh nampak beza naik turun suhunya. 

2) Bulan ni punya macam unusual sikit, ingatkan ada la rezeki, tapi belum lagi.

3) Seperti jangkaan, period turun on CD-27, memang betul pun cuma 1st day tu just light flow je. 

4) Hari ni, dah masuk cycle baru. CD-3 dah. Light flow tu ambil masa 3 hari la jugak, hari ni baru darah betul2 nak turun. Pelik sikit la. Tak tahu nape. 

5) Ovulation plak, on CD13 ada buat OPK test, dapat yang hampir positive (+), then bila esok harinya graf BBT dah cross line. So, memang bulan ni dapat detect Ovulation tu guna kedua-dua method la. 

6) kalau ikutkan setakat ni, macam normal and tak de problem. Tapi entah la..


*usaha, doa dan tawakal. Moga rezeki kami sampai..;)

11 September 2014

Kaedah lain : BBT Chart dan Thermometer

Assalamualaikum.

Setelah fikir berkali-kali tentang cara apa lagi nak bagi supaya tak asyik counting period dan menyebabkan stress, so, dah buat keputusan nak mula buat BBT Chart dan fahamkan lebih lagi pasal period cycle. Perkara pertama buat adalah kena beli thermometer. Benda ni da lama nak mulakan tapi disebabkan belum gaji, tunggu la sampai hujung bulan baru pegi beli....wuwuwu T_T  .

BBT chart = Body Basal Temperature 

Disebabkan lambat beli, tertunda la penggunaan BBT chart tu. Sy beli di Watson. Waktu tu harga murah rasanya. Hanya RM 11.90 je. Sebab ada survey sebelum beli, semua harga dalam RM 20 ke atas. Hari tu alang2 da sampai watson, terus cari dan jumpa yang ada discount. Brand Watson je pun.


Buat masa ni baru 3 hari guna dan catat suhu, so, chart belum complete. Kena la tunggu sampai habis cycle. Kalau ada rezeki baby bulan ni, alhamdulillah. Huhu..  Cara nak pakai tak la susah, cuma kena konsisten nak catat suhu dan displin. Boleh google je cara nak guna BBT chart dan panduan nak ambil suhu tu. Tak rajin nak taip semula. *maaf banyak2

Sebelum nak mula guna BBT chart ni, dah buat research awal2 tentang cara pakai dan baca. Di sini sy share rujukan sy. Kalau ada yang silap, boleh betulkan ye. (Terima kasih). Boleh klik wording di bawah: -

1. Cara baca BBT chart 1 (norhaliza blog)
2. Cara baca BBT chart 2 (myluv blog) 
3. Cara baca BBT chart 3 (asampedascinta blog)
4. Cara baca BBT chart 4 (pisceza blog)
5. Cara baca BBT chart 5  (najlabatrisya blog)

Ada 1 website memang popular untuk fertility. Rasanya rata2 TTCian tau kot website ni. Applikasi untuk catat dan buat BBT chart ni. 



Dan kalau lagi malas nak download applikasi tu, boleh la download form dan tulis sendiri pakai pen/pensil. Ada link kat bawah ni. Boleh klik wording tu ye. 

1. BBT chart form - link or form
2. BBT chart form 2 - form

Okeh, tunggu perkembangan guna BBT ni, harap lebih displin dan konsisten, dan keputusan berjaya pergnant is mine. ;)