Showing posts with label pemeriksaan kesuburan. Show all posts
Showing posts with label pemeriksaan kesuburan. Show all posts

07 August 2015

Minta pendapat TTCian

Assalamualaikum.

Sekarang tengah re-build semangat balik, lagi2 tengah counting DPO ni. Memang mood bertaburan everywhere bila simptom DPO dah makin pudar. Bila belek2 blog ni, baru perasan da lama rasa tinggal fertility treatment.

Kalau tengok kat record tepi blog ni, last jumpa doktor masa bulan mac 2015. Sekarang dah bulan Ogos 2015. Dah 5 bulan tinggalkan treatment. Sekarang ni dah tak jaga makan sangat. Tak pantang makan sangat. Tak makan apa-apa supplement dah.

Sejak Mac cycle on clomid dulu, then tak berjaya lagi, terus rasa drop dan malas nak take serius. Tapi tak tahu kenapa 2 3 hari ni, rasa macam nak serius balik untuk treatment tapi tengah pikir nak tukar doktor atau still remain the same doktor.

Yang melawat blog ni, bole minta pendapat tak? Nak tukar doctor/klinik ke tidak & klinik mana yang elok dan kos nya yang berkemampuan.

Rasa macam hopeless kadang2. Rasa kadang2 macam semangat je nak pergi buat cuma tak tahu nak ambil step apa sekarang.

Rekod setakat ni:

  • Tahun Perkahwinan (setakat tarikh post) : 2 tahun 4 bulan
  • 1st doctor (gyne): Ng Specialist obgy clinic, Muar : 
          a) 27.12.2014 : 1st appoinment : scan rahim - normal
          b) 24.1.2015  : Semen analysis test - result ok and normal
          c) 7.2.2015    : Datang klinik untuk ambil clomid, makan untuk next cycle. 
          d) 13.2.2015  : on clomid (cd3)
          e) 24.2.2015  : cd14, scan rahim untuk cek ovum (selepas ambil clomid), 3 ovum produce but only                                      1 ovum in good condition. 
          f)14.3.2015   : Scan rahim, test UPT = negative. Petang dah period. Collect clomid for next cycle
          g)16.3.2015   : on clomid (cd3)
          h) 28.3.2015  : scan rahim, 2 ovum produce but 1 ovum in normal size, another is bigger
          i) 14.4.2015   : period. Rest from any medication

Sesiapa yang baik hati dan rajin nak menulis di komen, sangat dihargai.. :) terima kasih.

25 March 2015

Scan ovum

Assalamualaikum.

Hari ini CD-13. Pagi sebelum masuk office, pergi jumpa gyne dulu sebab nak scan rahim untuk cek ovum. Untuk bulan ni, doctor tambahkan dos pengambilan clomid iaitu dari 2 biji ke 3 biji/ 1 hari. Bila dah tambah dos ni, dia punye efek yang agak obvius ialah jerawat yg besar tempel dekat muka okey...T_T

Based on scan by today, result clomid pada telur untuk cycle ni agak mengecewakan. Not as expected. Doctor bagi tahu, cycle ni ovum produce ada 2 TAPI..... satu daripada ovum tu, saiznya agak besar dari biasa. Kualiti pun kurang jugak, sama macam bulan lepas. Doctor suruh usaha jugak. Do your best.

Statement doctor agak down kan sikit semangat. Hurm..entah la. A bit frust sebab bila doctor dah tambah dos clomid, ingat ovum boleh produce dengan lebih kualiti. Jika ada yang visit here, doakan untuk kami ye. This month, mana tau boleh dapat good news sekali dengan annivesery 2 tahun kahwin (bulan depan).

Kos untuk appoinment kali ni:-

- scan rahim : RM 60-00

~until next post~

28 December 2014

Step with Gyne: Fertility check-up (scan rahim)

Assalamualaikum.

Semalam. Setelah dekat 1 tahun 8 bulan lebih tak ada apa-apa usaha ke arah perubatan dan hanya conceive naturally dengan ambil acid folic, semalam dah memaksa kan hubby pergi jumpa Gyne (doktor pakar sakit puan. Sebab apa paksa? sebab hubby bukan orang yang suka pergi klinik dan sewaktu dengannya.

Dah alang2 pergi waktu pagi dan klinik tu doktor nya pun baru sampai, tunggu la juga. dalam setengah jam gitu. On that day, ingatkan banyak prosedurnya, tapi tak pun. Doktor cuma tanya background dan pernah buat apa2 pemeriksaan tak sebelum ni.

Lepastu, doktor scan rahim. Doktor tunjuk rahim normal, tak de ketumbuhan atau apa2 yang tak sihat. Telur pun sihat juga. Dijangka dalam beberapa hari akan ovulasi (hari subur). First time dapat tengok rahim dan telur sebelah mana yang aktif untuk senyawakan nanti. Seronok dan lega rasanya.

Next prosedur, hubby kena hantar sperm specimen dekat pathlab. Tunggu result tu dulu. Then doktor akan analyze untuk rawatan apa next step.

Tapi kan kenapa ye, scan rahim sahaja -- bayarannya RM 80.00. Normal ke harga tuh? Hubby macam tak berapa nak puas hati sikit harga nya.

wait for the next step. chaiyok2

~until next post~