06 September 2018

LPPKN (1st Appointment)

Assalamualaikum.

Setelah beberapa bulan berlalu. Last sekali jumpa doc di sebuah klinik di Muar ialah bulan Jun 2018. Selepas on clomid untuk kali kedua tapi no good news, me stop meet that doctor. We decided to try LPPKN. Bermula la step baru dan tempat baru pula.

Tarikh : 23.8.2018
Hari & waktu : Khamis [8.30 pg]
Cycle day (CD) : CD 5
Tempat : LPPKN Seremban 2

Sebelum pergi 1st appointment ni, me banyak blogwalking & baca comment kawan2 yang TTC pasal LPPKN. Semua kata kena call bila hari pertama period tapi me hari tu tak dapat call waktu hari pertama period sebab jatuh hari ahad.

So, isnin 20.8.2018 call terus LPPKN nak setup appointment. Tanya nurse boleh tak saya nak buat appointment masa CD5 sebab dari rumah nak ke LPPKN tu jauh & tak sempat nak ambil cuti. Nasib baik nurse kata boleh sebab CD5 adalah last day untuk blood test. Actually, 1st step untuk periksa kesuburan adalah blood test pada CD2 atau dalam tempoh CD2 ke CD5 (bergantung pada doktor & hospital/ tempat rawatan).

Pada hari yang sama, husband kena pergi lab yang LPPKN dah tetapkan untuk buat Sperm Analysis Test. So, lepas me buat procedure untuk ambil darah, terus teman husban pergi lab tu. Tapi result test tak dapat ambil sebab lab tu terus email ke LPPKN.So, ini senarai kos untuk 1st appointment:

  • Pendaftaran : RM 5.00
  • Blood test : RM 165.00
  • Rundingan jururawat : RM 10.00
  • Sperm Analysis Test : RM 100.00
Sepatutnya kena datang masa CD21 bulan september ni untuk Pap smear & blood test CD21 tapi jatuh hari sabtu. LPPKN tak buka ya sabtu dan ahad. Terpaksa tangguh dan tunggu next cycle. 

Setakat ini sahaja. Until next post.

Terima kasih membaca. Semoga bermanfaat.

06 June 2018

Sambung Treatment Semula (CD16)

Assalamualaikum.

Lepas sekian lama blog bersawang dan lepas dekat 3 tahun rehat sepuas-puasnya tanpa makan apa-apa ubat or jumpa gyne.

Tahun nie, umur makin tambah dan hati pun makin risau fikirkan TTC journey nie. Lepas dah bincang dengan husband and paksa semangat sikit nak mula balik, dapat la 1 keputusan.

May 2018. Pergi klinik lain pula untuk dapatkan 2nd advice for this TTC journey. Sekali lagi, kena lalui proses yang sama iaitu scan telur, makan clomid, BD and 2week wait. Benda yang paling tak boleh tunggu ialah 2week wait (2ww).

Mana tak nya; dalam tempoh 2ww/DPO tu, macam-macam simptom sampai overthinking. Setiap hari kena positif kan diri sendiri je. Yela, kalau sendiri tak buat, siapa lagi nak motivasikan diri sendiri kan.

Untuk rujukan sendiri untuk akan datang :-

April Cycle

~ 6.5.2018 : Jumpa doc untuk kali pertama. Doc tanya all details pasal period & health both H&W. Doc terus scan telur dan doc kata telur ada produce and size is 19mm [good condition]

~ Selain itu, doc bagi acid folic untuk makan sampai pregnant tapi doc bagi tak banyak pun. Cuma untuk 30 biji je. Doc pesan if bulan ni (May) period, datang jumpa doc semula untuk ambil clomid.

May Cycle

~ 22.5.2018 : As expected, period pun turun sebab badan rasa macam biasa, tak ada simptom yang pelik.

~ 26.5.2018 : Disebabkan kerja, datang jumpa doc masa CD5. Doc bagi clomid 50gm untuk makan 2biji/intake. Makan untuk 5 hari dan datang 2.6.2018 untuk scan telur.

~ 2.6.2018 : Jumpa doc terus scan telur. Ada 2 telur (sihat). Doc advise teruskan makan acid folic dan jangan stop. Jika bulan ni still sama juga macam bulan lepas, nanti datang lagi untuk ambil clomid yang baru.


Doc inform me, dalam masa 3 bulan if not conceive, dia akan suruh buat cek tiub or HSG test. Berharap sangat, tak sampai ke prosedur tu dan semoga rezeki ada bulan ni. 

07 January 2017

Tahun Baru 2017 tapi renew azam je

Assalamualaikum.

Dah masuk berapa haribulan baru nak wish new year. Blog pun dah lama bersawang ni.

Mana tak nye, saban hari dan bulan, masih lagi ber-BBT cuma itulah, masih belum rezeki kami lagi. Agak putus asa juga kadang-kadang. Jadi, tahun baru 2017 ni, cuma renew azam je lah. Cuma tahun ni ingat nak mula jumpa doktor semula untuk 2nd advise after long rest from any medicine & doctor.

Sekarang dah fikir2 samada nak refer hospital yang ada doktor pakar atau refer klinik yang ada gyne. Itu semua bergantung pada kos & bajet kami juga. Selain itu, nak cari masa untuk pergi buat rawatan. Harap dipermudahkan segala urusan untuk yang 1 ni.

BBT chart?? This time cycle agak rocky suhunya. Mungkin sebab baru baik dari diarhea, jadi BBT memang kelaut la. Sendiri tengok pun takut. Nampak macam tak ovulate. So, tak ada semangat nak share. Memang counting days nak tunggu result bulan ni.

Selain itu, nak kumpul duit untuk fertility checkup & treatment juga. Supaya nanti tak la delay separuh jalan disebabkan kos.

Untuk visitor yang blogwalking kat sini yang sama situasi dengan me, semoga masing-masing terus kuat berusaha dan berdoa untuk rezeki yang 1 ni dan dikurniakan zuriat yang soleh/solehah.

Amin :)

26 July 2016

BBT Chart: April - Jun 2016

Assalamualaikum.

Selamat hari raya tahun 2016. Dah lama tak share BBT chart. Kalau dulu, tiap bulan share. Sekarang ni, 3 bulan sekali atau bebulan sekali baru update...T_T Sodeh cito eh. Dah tak rajin macam dulu. Lagi2 sejak hubby pasang econ kat bilik tidur. Suhu BBT kelaut oiii... tak mau naik tinggi. Kot ada naik pun 1 or 2 langkau suhu je.

Kenapakah begini????? mana tak nye. Suhu econ memang bukak paling tinggi tapi hubby punya pesen ialah dia tambah dengan kipas. Memang sejuk jugak la malam2. Suruh tak payah pakai econ, tak mau. Bini nye ni siap tido pakai stokin & sweater taw. Siap gigil pukul 2 3 pagi. Hubby rilek dengan selimut je.

Meh la tengok chart 3 bulan paling latest ni. Nak ulas banyak2 pun tak ingat dah.


        
Chart : April 2016


Chart : Mei 2016

Chart : Jun 2016
Tengoklah ketiga-tiga chart ni. Memang suhu main atas pagar je. Tak turun sangat dan tak naik sangat. Kadang stress jugak. Ok, setakat ni je untuk update kali ni.

~until next post~

03 May 2016

BBT chart : Jan - Mac 2016

Assalamualaikum.

Beberapa bulan telah pun berlalu. Bulan lepas counting months and days untuk anniversary ke 3. Hati ni makin tak keruan bila fikirkan umur dan anniversary ni. Kawan yang sebaya, masing-masing dah masuk 2nd pregnancy. Tipu lah kalau kata tak ada rasa sedih. Memang tak boleh elak. Lagi-lagi makcik yang suke bonar lah tanya soalan sensitif ni. Tak pe lah, meh la share 3 bulan chart yang pending share :-


CYCLE JANUARI


CYCLE FEBRUARI
 

CYCLE MAC

Nothing much different daripada bulan-bulan sebelumnya. Itu yang menghilang beberapa bulan.

~until next post~

22 January 2016

BBT : Cycle December 2015

Assalamualaikum. 

Selamat tahun baru 2016.

Cycle baru untuk tahun baru ni baru je bermula 2 hari yang lepas. Entri kali ini nak share chart bulan lepas. The last cycle untuk tahun lepas. 


1) Cycle kali ini, suhu masa awal period memang agak tintong sikit tapi mula lepas ovulate, terus suhu spike. 

2) Ovulation day tak pasti bila sebab tak buat pun OPK test tapi kalau ikutkan suhu spike tu, mungking Ovulate pada CD-14.

3) Suhu masa day past ovulation (DPO) memang stay tinggi. Then, masa 2 or 3 hari before flow period, suhu dah makin turun dan itu memang biasanya menandakan nak period. 

4) As expected, memang lepas suhu turun, darah pun turun masa suhu rendah iaitu 36.2 C. 

5) This cycle in last month, memang sangat though month. Maybe until next month. Now, I am counting the days to end my work. 

~until next post~

27 December 2015

Current BBT chart: Month of December

Assalamualaikum.

Sambungan entri kedua untuk bulan Disember.



Cycle kali ini mungkin agak terganggu dengan kerja. Huuaaaaaaa T_T nak nangis rasanya bila tengok chart ni berulang kali. Dengan skip temping beberapa hari, jadi lompong aje kat graph. Baru perasan cycle kali ni agak luar biasa sikit selepas di analisis sendiri.

  • Bila tengok pada chart, suhu agak rocky. Padahal bulan ni mana ada ambil apa-apa supplement atau ubat pun. 
  • Lepas tu, boleh pulak O-day kali ni jatuh pada CD-12. T_T Cannot accept this time.
  • Pada awalnya macam tak percaya dengan chart FF ni tapi bila start CD23, dah mula spotting. Memang agak pelik. Ingatkan bleeding nak pregnant ke kan, tapi semua harapan palsu je.
  • Bila da tengok hujung2 hari, suhu mula turun dan perut asyik la cramp (yang mana waktu tu keliru, ni lapar ke cramp).
  • Cycle kali ni 26 hari je. Tak sampai 29 hari pun. Kebiasaan nya cecah 29 ke 32 hari.
  • Risau la tengok cycle dah makin pelik ni.
Sekian. yang menunggumu anak ibu~

Late post : Cycle 1.11.15

Assalamualaikum. 

Bersiaran lagi. Post kali agak ketinggalan sikit sebab sebulan dua ni agak sibuk di pejabat sampaikan tak ada masa nak blog walking. 

Ini untuk cycle November yang betul-betul CD1 jatuh pada 1 November 2015.



  1. Cycle ni ada buat OPK test dan memang dapat jangka la hari subur a.k.a O-day pada CD14. Selain tu OPK test kali ni sangat terang double line.
  2. Selain tu, suhu cantik. Tak rocky sangat tapi biasa la masa DPO 11-DPO 12 mesti suhu akan spike tinggi yang mana memberi harapan palsu pada diri ku (=_=)". Lepas je melepasi DPO 13 or DPO14, suhu mesti turun.
  3. Dan secara otomatik, bila cukup DPO 14 suhu turun, esok nya naik la 'bendera merah'. 
  4. Kali ni pun, spotting keluar dalam 4 hari sebelum betul-betul ada flow period.
Sekian, yang menunggu mu anak ibu~.

01 November 2015

Sekali lagi. Bulan baru disambut dgn cycle baru

Assalamualaikum.

Hati macam half dissapointed and another half is as expected. Mana tak nya, suhu pada 3 DPO terakhir maintain tinggi dengan suhu 36.8 C dan juga keringkan hati buat upt test supaya tak terlalu put hope.



1. Bulan ni lansung tak buat OPK test (untuk tentukan Ovulation day). So, bila tengok chart memang la agak stress bila tengok suhu da spike naik tapi cross line tak betul kedudukannya.

2. This time punya cycle, suhu macam agak main cak-cak waktu nak spike naik. Sudahnya, tak tahu time bila O-day.

3. Kalau tengok, de dot putih kan. Tu sebab "sleep deprive". Sejak bulan lepas, tidur memang tak de kualiti lansung. Walaupun pun dah masuk tidur pukul 10 paling awal & pukul 11 malam paling lewat, mesti akan terjaga around 3 pagi - 5 pagi. Mata jadi segar sampai tak boleh tidur balik. Bila dah pukul 6 pagi - waktu sepatutnya bangun, dah mengantuk balik. Macam ada anak pulak...T_T

4. Nampak tak dalam chart, 1 hari suhu 36.9 C dan 4 hari suhu kekal di 36.8 C. Ingatkan ada chance la tapi dalam hati fikir, tender breast pun dah surut, macam tak de chance je.

5. Last2, CD31, buat UPT test, memang dapat BFN (Big Fat Negative) la. Terus siangnya di pejabat, ada spotting. Memang spotting nak period bukan spotting luar biasa.

6. Dan CD 32, suhu pun dah turun menjunam. So, hati ni redha je la nak period. Masuk je 1 November, terus flow period.

~ mari lah kita berusaha lagi ~

05 October 2015

Oktober say hi dengan cycle baru

Assalamualaikum.

Permulaan oktober adalah permulaan cycle baru. Cukup-cukup 30.9.15, terus flow period ada. Maknanya bulan september, belum rezeki lagi. Dari cycle ogos & september, cycle yang pendek.


1) Cycle ni, graf menunjukkan ovulate agak awal iaitu CD-13. Bulan lepas pun awal juga.

2) Selain tu, ada la beberapa hari tak temping sebab bangun2 je terus pergi dapur buat breakfast. Lupa nak temping. Mungkin terlalu penat sampai tak ingat nak temping.

3) Cycle ni ada kesempatan dan kerajinan nak buat OPK. So, dapat la 2 hari positive OPK.

4) Suhu pada cycle ni tak tinggi sangat, tak rendah sangat. Macam atas pagar, turun sikit, then naik balik sikit. Tak ada beza sangat.


Sila kuatkan semangat untuk terus usaha untuk rezeki yang 1 ni dan terus konsisten untuk temping sehingga berjaya. Chaiyok2.