11 September 2015

Dilema nyeee..

Assalamualaikum.

Dilema nyeee. Stress nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

Memang betul-betul mengganggu hidup, jiwa, raga dan TTC. Tapi ni bukan pasal TTC la. Pasal masalah kerja yang tak sudah-sudahnya. Keadaan memaksa hati dan jiwa untuk resign disebabkan 1 orang ni. Tapi bos pulak pujuk suruh jangan berhenti.

Tapi bila lalui hari-hari kat pejabat, makin stress. 1 orang ni keep on push me in silent and always keep on find my mistake. Stress di hati tu hanya Allah je yang tahu. Setiap hari cuba positive kan diri dan  sentiasa kuatkan hati supaya tak terlalu lemah tapi kadang tu memang banjir la air mata bila memikirkan masalah ni. Dengan TTC pun nak kena keep on positive.

Di tambah dengan masalah ni, cycle ku pun dah ting tong sikit. Tak banyak tapi O-day dah lari-lari. Tak tetap dah. Mencari keputusan yang tepat dan yang tidak menyesal kemudian hari.


07 September 2015

BBT Chart : cycle Ogos '15

Assalamualaikum.

Sambungan entry yang kedua untuk hari ini.


1) Bulan Ogos cycle pendek pulak kalau nak dibandingkan dengan cycle Julai (32 hari). Tapi cycle Ogos 26 hari je.

2) Bulan ni dapat tengok suhu mendatar untuk 6 hari dari CD-10 ke CD-14.

3) Selepas dari CD-14, terus suhu naik dan itu menandakan dah ovulasi.

4) Suhu lepas ovulasi, agak turun naik. Last2, menjunam terus.



Ok la, itu sahaja update setakat ini. Sekarang tengah cycle baru - CD-5 hari ni (8.9.2015). Terima kasih membaca blog yang sangat slow ni..hee.

BBT Chart : cycle Julai '15

Assalamualaikum.

Hari ini nak update 2 cycle punya chart sekali harung disebabkan hari tu postpone buat entry. Cuma update cycle je macam bulan-bulan yang lain.


1) Cycle Julai ini lompong suhu banyak masa awal cycle. Disebabkan period melanda di penghujung ramadhan. Memang la banyak puasa kena ganti untuk tahun ni. So, masa awal2 cycle tu, memang sengaja stop temping sebab nak chart nya dapat dot cantik.

2) Bulan julai ni jugak ovulate lambat iaitu CD-19. Mungkin sebab terlampau stress di tempat kerja.

3) Kalau tengok masa CD-11, suhu mencanak naik kepada 36.9 C. Ha.. kalau tak biasa dengan rentak suhu badan sendiri mesti ingat ada bunga-bunga harapan tapi tak pun sebenarnya. Kebiasaannya, my cycle, antara CD-10 ke CD-11, memang dia suka naik tinggi gitu. Lepas esoknya, suhu turun dan macam biasa lah, bendera merah lepas tu.

4) Rujuk pada chart, sy jumpa 'whiteegg' tu masa CD-16. Ingatkan dah nak ovulate, rupanya lewat sikit dari expected.

Sekian.