13 November 2014

DPO-8

Assalamualaikum.

Apa itu DPO? maksudnya ialah Day Past Ovulation. Atau nak lebih paham, hari lepas ovulasi dimana kita tunggu hari-hari mendatang untuk next cycle. Bulan ni punya simptom DPO sangat la terasa sangat. Sakit pinggang dan sakit belakang jangan kata la. Memang sakit, siap letak bantal kat kerusi opis. Pastu dia punya bahang dan panas badan sampai rasa macam nak demam.

Sekarang baru DPO ke-8. Mulut rasa bahang sampaikan kite yang duduk depan ekon ni pun, rasa macam bahang panas dah tak lut kat ekon. Semalam puasa, lagi la menjadinya bila malam punya bahang. Sedangkan malam tadi hujan lebat, siap boleh tarik selimut tapi dalam masa yang sama badan rasa bahang. Eh..paham tak? ehehe..gitu la gamaknya.

Ada orang suruh minum air barli tapi for me memang tak boleh telan air bali. Kot muntah je lepas tuh. Air bali tu macam benda yang paling tak sedap la. Ingat nak try minum air biji selasih untuk sejukkan badan sebab my mum selalu buat air tu bila rasa macam badan panas sangat tapi my mum boleh telan air bali. Me is cannot..:D

Ini biji selasih kering


Ini biji selasih selepas direndam bersama air. 

More days to go. Hopefully bulan ni ada rezeki untuk kami.

No comments:

Post a Comment

Beautiful word is recommended here ;)