Setelah fikir berkali-kali tentang cara apa lagi nak bagi supaya tak asyik counting period dan menyebabkan stress, so, dah buat keputusan nak mula buat BBT Chart dan fahamkan lebih lagi pasal period cycle. Perkara pertama buat adalah kena beli thermometer. Benda ni da lama nak mulakan tapi disebabkan belum gaji, tunggu la sampai hujung bulan baru pegi beli....wuwuwu T_T .
BBT chart = Body Basal Temperature
Disebabkan lambat beli, tertunda la penggunaan BBT chart tu. Sy beli di Watson. Waktu tu harga murah rasanya. Hanya RM 11.90 je. Sebab ada survey sebelum beli, semua harga dalam RM 20 ke atas. Hari tu alang2 da sampai watson, terus cari dan jumpa yang ada discount. Brand Watson je pun.
Buat masa ni baru 3 hari guna dan catat suhu, so, chart belum complete. Kena la tunggu sampai habis cycle. Kalau ada rezeki baby bulan ni, alhamdulillah. Huhu.. Cara nak pakai tak la susah, cuma kena konsisten nak catat suhu dan displin. Boleh google je cara nak guna BBT chart dan panduan nak ambil suhu tu. Tak rajin nak taip semula. *maaf banyak2
Sebelum nak mula guna BBT chart ni, dah buat research awal2 tentang cara pakai dan baca. Di sini sy share rujukan sy. Kalau ada yang silap, boleh betulkan ye. (Terima kasih). Boleh klik wording di bawah: -
1. Cara baca BBT chart 1 (norhaliza blog)
2. Cara baca BBT chart 2 (myluv blog)
3. Cara baca BBT chart 3 (asampedascinta blog)
4. Cara baca BBT chart 4 (pisceza blog)
5. Cara baca BBT chart 5 (najlabatrisya blog)
Ada 1 website memang popular untuk fertility. Rasanya rata2 TTCian tau kot website ni. Applikasi untuk catat dan buat BBT chart ni.
Dan kalau lagi malas nak download applikasi tu, boleh la download form dan tulis sendiri pakai pen/pensil. Ada link kat bawah ni. Boleh klik wording tu ye.
2. BBT chart form 2 - form
Okeh, tunggu perkembangan guna BBT ni, harap lebih displin dan konsisten, dan keputusan berjaya pergnant is mine. ;)
No comments:
Post a Comment
Beautiful word is recommended here ;)