06 September 2018

LPPKN (1st Appointment)

Assalamualaikum.

Setelah beberapa bulan berlalu. Last sekali jumpa doc di sebuah klinik di Muar ialah bulan Jun 2018. Selepas on clomid untuk kali kedua tapi no good news, me stop meet that doctor. We decided to try LPPKN. Bermula la step baru dan tempat baru pula.

Tarikh : 23.8.2018
Hari & waktu : Khamis [8.30 pg]
Cycle day (CD) : CD 5
Tempat : LPPKN Seremban 2

Sebelum pergi 1st appointment ni, me banyak blogwalking & baca comment kawan2 yang TTC pasal LPPKN. Semua kata kena call bila hari pertama period tapi me hari tu tak dapat call waktu hari pertama period sebab jatuh hari ahad.

So, isnin 20.8.2018 call terus LPPKN nak setup appointment. Tanya nurse boleh tak saya nak buat appointment masa CD5 sebab dari rumah nak ke LPPKN tu jauh & tak sempat nak ambil cuti. Nasib baik nurse kata boleh sebab CD5 adalah last day untuk blood test. Actually, 1st step untuk periksa kesuburan adalah blood test pada CD2 atau dalam tempoh CD2 ke CD5 (bergantung pada doktor & hospital/ tempat rawatan).

Pada hari yang sama, husband kena pergi lab yang LPPKN dah tetapkan untuk buat Sperm Analysis Test. So, lepas me buat procedure untuk ambil darah, terus teman husban pergi lab tu. Tapi result test tak dapat ambil sebab lab tu terus email ke LPPKN.So, ini senarai kos untuk 1st appointment:

  • Pendaftaran : RM 5.00
  • Blood test : RM 165.00
  • Rundingan jururawat : RM 10.00
  • Sperm Analysis Test : RM 100.00
Sepatutnya kena datang masa CD21 bulan september ni untuk Pap smear & blood test CD21 tapi jatuh hari sabtu. LPPKN tak buka ya sabtu dan ahad. Terpaksa tangguh dan tunggu next cycle. 

Setakat ini sahaja. Until next post.

Terima kasih membaca. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Beautiful word is recommended here ;)