30 September 2014

1st BBT Chart - August Cycle 2014

Assalamualaikum.

Lepas sudah untuk rekod BBT Chart yang pertama. So far, faham sikit la penggunaan BBT chart dan my cycle untuk bulan lepas tapi di sebabkan mula rekod nye lambat, just paham yang separuh jalan je.

Nak share sikit untuk pembacaan sendiri di masa akan datang dan sesiapa yang ada lalu2 kat blog ni. ;)


1. Guna termometer 2 digit. Refer gambar ni.

2. Mula rekod suhu pada hari ke-8 (CD-8) sebab baru hari tu beli termometer.

3. Ada guna OPK test tapi sempat 2 hari je. Itu pun, langkau sehari, tapi still tak detact bila hari subur. Hari lain, tak sempat nak buat.

4. Rupa-rupanya ovulate lambat. Jenuh tunggu. Berdasarkan Cervical Mucus/ lendiran faraj, ovulate pada CD-20. Nampak tak; ada red cross-line. Itulah hari ovulate.

5. August cycle adalah 32 hari. Bila ovulate lambat, ia menyebabkan my cycle jadi panjang sikit dari kebiasaan. Term 2weekwait iaitu hari menunggu lepas ovulation (selama 2minggu), jadi nye period pada hari ke 33 (tapi dalam cycle, dah jadi new day la.)

6. Refer to the chart, pada CD-32 suhu di rekod ialah 36.7 darjah Celcius. Then, keesokkan harinya suhu drop kepada  36.5 C dan daripada situ dah tau yang hari berkenaan akan period. Selain daripada refer pada suhu, dah boleh rasa nak period sebab Cervical Mucus (CM) / lendiran faraj dah lain. Rasa macam lendir nak keluar tapi tak boleh turun. Bukan macam lendir hari subur tu. Rasa macam lendir darah.

7. CD-30, suhu meningkat naik ke 36.9 C. Tapi tak sure sebab apa. Nak juga tau, tapi tak tahu nak tanya siapa. Ingatkan ada la rezeki bulan lepas tapi bila suhu drop keesokkan hari nya dan memang dah close tu hari yang dijangka period, jadinya dah boleh agak la ending nya.


11 September 2014

Kaedah lain : BBT Chart dan Thermometer

Assalamualaikum.

Setelah fikir berkali-kali tentang cara apa lagi nak bagi supaya tak asyik counting period dan menyebabkan stress, so, dah buat keputusan nak mula buat BBT Chart dan fahamkan lebih lagi pasal period cycle. Perkara pertama buat adalah kena beli thermometer. Benda ni da lama nak mulakan tapi disebabkan belum gaji, tunggu la sampai hujung bulan baru pegi beli....wuwuwu T_T  .

BBT chart = Body Basal Temperature 

Disebabkan lambat beli, tertunda la penggunaan BBT chart tu. Sy beli di Watson. Waktu tu harga murah rasanya. Hanya RM 11.90 je. Sebab ada survey sebelum beli, semua harga dalam RM 20 ke atas. Hari tu alang2 da sampai watson, terus cari dan jumpa yang ada discount. Brand Watson je pun.


Buat masa ni baru 3 hari guna dan catat suhu, so, chart belum complete. Kena la tunggu sampai habis cycle. Kalau ada rezeki baby bulan ni, alhamdulillah. Huhu..  Cara nak pakai tak la susah, cuma kena konsisten nak catat suhu dan displin. Boleh google je cara nak guna BBT chart dan panduan nak ambil suhu tu. Tak rajin nak taip semula. *maaf banyak2

Sebelum nak mula guna BBT chart ni, dah buat research awal2 tentang cara pakai dan baca. Di sini sy share rujukan sy. Kalau ada yang silap, boleh betulkan ye. (Terima kasih). Boleh klik wording di bawah: -

1. Cara baca BBT chart 1 (norhaliza blog)
2. Cara baca BBT chart 2 (myluv blog) 
3. Cara baca BBT chart 3 (asampedascinta blog)
4. Cara baca BBT chart 4 (pisceza blog)
5. Cara baca BBT chart 5  (najlabatrisya blog)

Ada 1 website memang popular untuk fertility. Rasanya rata2 TTCian tau kot website ni. Applikasi untuk catat dan buat BBT chart ni. 



Dan kalau lagi malas nak download applikasi tu, boleh la download form dan tulis sendiri pakai pen/pensil. Ada link kat bawah ni. Boleh klik wording tu ye. 

1. BBT chart form - link or form
2. BBT chart form 2 - form

Okeh, tunggu perkembangan guna BBT ni, harap lebih displin dan konsisten, dan keputusan berjaya pergnant is mine. ;)