Showing posts with label OPK test. Show all posts
Showing posts with label OPK test. Show all posts

05 July 2015

May 2015 : BBT chart

Assalamualaikum.

Blog owner dah mula nak menyepi. Kesian blog terabai kejap. Buat masa ni just nak update pasal chart untuk cycle of May. Seperti yang sebelumnya, masih belum concieve. Dan setiap hari kena motivate diri sendiri untuk jangan terlampau fikir yang negatif.


1) Cycle bulan Mei sikit panjang. It takes 29 days. 
2) Ovulation day spotted on the graf pun macam lari sikit iaitu pada CD 13. Selain tu, dapat juga OPK positive waktu CD13.
3) Masa CD24 tu ada white dot kan, tak ingat sebab apa. Rasanya 'sleep deprive' kot sebab asyik terjaga dari tidur. 
4) Selain tu, bulan agak lama juga la spotting baru betul2 ada flow darah.

Itu sahaja setakat ni. Untuk Cycle Jun, belum lagi. Tengah counting DPO. Berharap kami ada rezeki di bulan Ramadhan yang mulia ni. Aaminn. 

30 September 2014

1st BBT Chart - August Cycle 2014

Assalamualaikum.

Lepas sudah untuk rekod BBT Chart yang pertama. So far, faham sikit la penggunaan BBT chart dan my cycle untuk bulan lepas tapi di sebabkan mula rekod nye lambat, just paham yang separuh jalan je.

Nak share sikit untuk pembacaan sendiri di masa akan datang dan sesiapa yang ada lalu2 kat blog ni. ;)


1. Guna termometer 2 digit. Refer gambar ni.

2. Mula rekod suhu pada hari ke-8 (CD-8) sebab baru hari tu beli termometer.

3. Ada guna OPK test tapi sempat 2 hari je. Itu pun, langkau sehari, tapi still tak detact bila hari subur. Hari lain, tak sempat nak buat.

4. Rupa-rupanya ovulate lambat. Jenuh tunggu. Berdasarkan Cervical Mucus/ lendiran faraj, ovulate pada CD-20. Nampak tak; ada red cross-line. Itulah hari ovulate.

5. August cycle adalah 32 hari. Bila ovulate lambat, ia menyebabkan my cycle jadi panjang sikit dari kebiasaan. Term 2weekwait iaitu hari menunggu lepas ovulation (selama 2minggu), jadi nye period pada hari ke 33 (tapi dalam cycle, dah jadi new day la.)

6. Refer to the chart, pada CD-32 suhu di rekod ialah 36.7 darjah Celcius. Then, keesokkan harinya suhu drop kepada  36.5 C dan daripada situ dah tau yang hari berkenaan akan period. Selain daripada refer pada suhu, dah boleh rasa nak period sebab Cervical Mucus (CM) / lendiran faraj dah lain. Rasa macam lendir nak keluar tapi tak boleh turun. Bukan macam lendir hari subur tu. Rasa macam lendir darah.

7. CD-30, suhu meningkat naik ke 36.9 C. Tapi tak sure sebab apa. Nak juga tau, tapi tak tahu nak tanya siapa. Ingatkan ada la rezeki bulan lepas tapi bila suhu drop keesokkan hari nya dan memang dah close tu hari yang dijangka period, jadinya dah boleh agak la ending nya.


01 July 2014

Ramadhan ke-4 dan Jun cycle

Assalamualaikum.

Salam ramadhan kepada readers [kalau de yg baca la ;) ]. Hari ini dah masuk ramadhan ke-4 tapi me tak dapat puasa pun. Sekarang CD-3. Pasal cycle bulan Jun plak, memang de kaitan la dengan Puasa tahun ni. Ingat dapat la puasa untuk minggu pertama ni, rupa nya tak.

Untuk past 2 month, cycle period jadi lama okeh.. 30 hari dan 32 hari. Tetiba plak bulan Jun ni, jadi 25 hari je. Bulan lepas pun emosi tak berapa nak stabil. Asek stress and rase macam emo giler. Ingat period lambat tapi wrong expectation. Start dari bulan Jun da makan asid folic semula..selepas stop awal tahun ritu. So, mungkin sebab dah makan asid folic, period jadi pendek sikit (agaknye la.. me pun x tahu sahih nye.)

Selain tu, bulan ni tak de senggugut sangat just rasa macam period angin je dan pedih ulu hati dan ngilu kat breast. Tak tahu la sebab pe. Haih la.. period jadi tunggang langgang. Tak pe la. Selagi datang tiap bulan, ok la. Ingat lepas ni nak try alternative lain untuk TTC (try to concieve).

Bulan lepas buat OPK test (Ovulation Predict Kit), betul tak ni? hehe.. maaf kalau salah explain. Kali ni buat hari2, kalau nak di banding kan bulan lepas, skip2 hari tapi waktu yang beza la. Bila dah buat OPK test hari2, baru la dapat 2 line kat OPK test ~ means dapat detect hari subur. Nak share sikit gambar:-


Pict 1: Waktu ni CD-12. First test untuk OPK. Result nye -ve.


Pict 2: Ni plak test yg hari esok nya (CD-13) tapi buat belah malam. Terus dpt +ve OPK.

Dapat share 2 hari punya je. CD-14 terus dapat -ve result untuk OPK test. So, dah tak bape rajin. Terkejut gak, nape kejap sangat.. 1 hari je. 

Masa dapat result yang CD-13 ni, hope adala rezeki kali ni, tapi bulan ni datang period dah. Hari kedua puasa dan dah petang plak tuh. Rugi la puasa dari pagi..huu. Oke, thats all. For now, nak tunggu period end so that boleh mula puasa again and tak payah ganti banyak2 puasa..T_T


29 May 2014

Tunggu Lampu 'merah'

Assalamualaikum.

Bulan Mei pun dah nak habis. Cepat masa berlalu. Walaupun time kerja tu rase macam.. aih, bila nak waktu balik neh. Tup2..dah nak hujung bulan dah. Kalau ikut Period phone app, due date for period is yesterday tapi belum ada apa2. So, paling lambat pun mungkin genap 30 hari.

Geram je period cycle ni. Dah tunggang langgang kalau nak compare masa before kahwen. Knape ek? susah dah nak agak bila hari subur. Seperti entry sebelum ni, dah cakap nak guna OPK (Ovulation Predictor Kit) kan? Hehe..kite ni dah jenis tak sabar nak buat teratur. Bila dah buat, asyik tak dapat detect bila hari subur, terus dah ingat2 lupe je. Last week la, dapat buat 2 test je. Itu pun 2 2 test warna line tak terang. Terus malas.


1) Cycle Day -11 (OPK test)
: Buat sebelah malam sebab time malam je sempat nak buat. Waktu kerja, asyik lupa je.

Cycle Day (CD)-11

2) Cycle day - 14 (OPK Test)
: Masa tu MC sebab demam tapi that day demam dah kurang cuma sakit kpale. Line 2 2 naik tp tak terang.

Cycle Day 14

Hari ini pun dah jumaat, nak abis bulan dah. Fikiran kena positif. Semangat kena positif. So, every thing kena positif. Baru tak stress.