27 December 2015

Current BBT chart: Month of December

Assalamualaikum.

Sambungan entri kedua untuk bulan Disember.



Cycle kali ini mungkin agak terganggu dengan kerja. Huuaaaaaaa T_T nak nangis rasanya bila tengok chart ni berulang kali. Dengan skip temping beberapa hari, jadi lompong aje kat graph. Baru perasan cycle kali ni agak luar biasa sikit selepas di analisis sendiri.

  • Bila tengok pada chart, suhu agak rocky. Padahal bulan ni mana ada ambil apa-apa supplement atau ubat pun. 
  • Lepas tu, boleh pulak O-day kali ni jatuh pada CD-12. T_T Cannot accept this time.
  • Pada awalnya macam tak percaya dengan chart FF ni tapi bila start CD23, dah mula spotting. Memang agak pelik. Ingatkan bleeding nak pregnant ke kan, tapi semua harapan palsu je.
  • Bila da tengok hujung2 hari, suhu mula turun dan perut asyik la cramp (yang mana waktu tu keliru, ni lapar ke cramp).
  • Cycle kali ni 26 hari je. Tak sampai 29 hari pun. Kebiasaan nya cecah 29 ke 32 hari.
  • Risau la tengok cycle dah makin pelik ni.
Sekian. yang menunggumu anak ibu~

Late post : Cycle 1.11.15

Assalamualaikum. 

Bersiaran lagi. Post kali agak ketinggalan sikit sebab sebulan dua ni agak sibuk di pejabat sampaikan tak ada masa nak blog walking. 

Ini untuk cycle November yang betul-betul CD1 jatuh pada 1 November 2015.



  1. Cycle ni ada buat OPK test dan memang dapat jangka la hari subur a.k.a O-day pada CD14. Selain tu OPK test kali ni sangat terang double line.
  2. Selain tu, suhu cantik. Tak rocky sangat tapi biasa la masa DPO 11-DPO 12 mesti suhu akan spike tinggi yang mana memberi harapan palsu pada diri ku (=_=)". Lepas je melepasi DPO 13 or DPO14, suhu mesti turun.
  3. Dan secara otomatik, bila cukup DPO 14 suhu turun, esok nya naik la 'bendera merah'. 
  4. Kali ni pun, spotting keluar dalam 4 hari sebelum betul-betul ada flow period.
Sekian, yang menunggu mu anak ibu~.

01 November 2015

Sekali lagi. Bulan baru disambut dgn cycle baru

Assalamualaikum.

Hati macam half dissapointed and another half is as expected. Mana tak nya, suhu pada 3 DPO terakhir maintain tinggi dengan suhu 36.8 C dan juga keringkan hati buat upt test supaya tak terlalu put hope.



1. Bulan ni lansung tak buat OPK test (untuk tentukan Ovulation day). So, bila tengok chart memang la agak stress bila tengok suhu da spike naik tapi cross line tak betul kedudukannya.

2. This time punya cycle, suhu macam agak main cak-cak waktu nak spike naik. Sudahnya, tak tahu time bila O-day.

3. Kalau tengok, de dot putih kan. Tu sebab "sleep deprive". Sejak bulan lepas, tidur memang tak de kualiti lansung. Walaupun pun dah masuk tidur pukul 10 paling awal & pukul 11 malam paling lewat, mesti akan terjaga around 3 pagi - 5 pagi. Mata jadi segar sampai tak boleh tidur balik. Bila dah pukul 6 pagi - waktu sepatutnya bangun, dah mengantuk balik. Macam ada anak pulak...T_T

4. Nampak tak dalam chart, 1 hari suhu 36.9 C dan 4 hari suhu kekal di 36.8 C. Ingatkan ada chance la tapi dalam hati fikir, tender breast pun dah surut, macam tak de chance je.

5. Last2, CD31, buat UPT test, memang dapat BFN (Big Fat Negative) la. Terus siangnya di pejabat, ada spotting. Memang spotting nak period bukan spotting luar biasa.

6. Dan CD 32, suhu pun dah turun menjunam. So, hati ni redha je la nak period. Masuk je 1 November, terus flow period.

~ mari lah kita berusaha lagi ~

05 October 2015

Oktober say hi dengan cycle baru

Assalamualaikum.

Permulaan oktober adalah permulaan cycle baru. Cukup-cukup 30.9.15, terus flow period ada. Maknanya bulan september, belum rezeki lagi. Dari cycle ogos & september, cycle yang pendek.


1) Cycle ni, graf menunjukkan ovulate agak awal iaitu CD-13. Bulan lepas pun awal juga.

2) Selain tu, ada la beberapa hari tak temping sebab bangun2 je terus pergi dapur buat breakfast. Lupa nak temping. Mungkin terlalu penat sampai tak ingat nak temping.

3) Cycle ni ada kesempatan dan kerajinan nak buat OPK. So, dapat la 2 hari positive OPK.

4) Suhu pada cycle ni tak tinggi sangat, tak rendah sangat. Macam atas pagar, turun sikit, then naik balik sikit. Tak ada beza sangat.


Sila kuatkan semangat untuk terus usaha untuk rezeki yang 1 ni dan terus konsisten untuk temping sehingga berjaya. Chaiyok2.

11 September 2015

Dilema nyeee..

Assalamualaikum.

Dilema nyeee. Stress nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

Memang betul-betul mengganggu hidup, jiwa, raga dan TTC. Tapi ni bukan pasal TTC la. Pasal masalah kerja yang tak sudah-sudahnya. Keadaan memaksa hati dan jiwa untuk resign disebabkan 1 orang ni. Tapi bos pulak pujuk suruh jangan berhenti.

Tapi bila lalui hari-hari kat pejabat, makin stress. 1 orang ni keep on push me in silent and always keep on find my mistake. Stress di hati tu hanya Allah je yang tahu. Setiap hari cuba positive kan diri dan  sentiasa kuatkan hati supaya tak terlalu lemah tapi kadang tu memang banjir la air mata bila memikirkan masalah ni. Dengan TTC pun nak kena keep on positive.

Di tambah dengan masalah ni, cycle ku pun dah ting tong sikit. Tak banyak tapi O-day dah lari-lari. Tak tetap dah. Mencari keputusan yang tepat dan yang tidak menyesal kemudian hari.


07 September 2015

BBT Chart : cycle Ogos '15

Assalamualaikum.

Sambungan entry yang kedua untuk hari ini.


1) Bulan Ogos cycle pendek pulak kalau nak dibandingkan dengan cycle Julai (32 hari). Tapi cycle Ogos 26 hari je.

2) Bulan ni dapat tengok suhu mendatar untuk 6 hari dari CD-10 ke CD-14.

3) Selepas dari CD-14, terus suhu naik dan itu menandakan dah ovulasi.

4) Suhu lepas ovulasi, agak turun naik. Last2, menjunam terus.



Ok la, itu sahaja update setakat ini. Sekarang tengah cycle baru - CD-5 hari ni (8.9.2015). Terima kasih membaca blog yang sangat slow ni..hee.

BBT Chart : cycle Julai '15

Assalamualaikum.

Hari ini nak update 2 cycle punya chart sekali harung disebabkan hari tu postpone buat entry. Cuma update cycle je macam bulan-bulan yang lain.


1) Cycle Julai ini lompong suhu banyak masa awal cycle. Disebabkan period melanda di penghujung ramadhan. Memang la banyak puasa kena ganti untuk tahun ni. So, masa awal2 cycle tu, memang sengaja stop temping sebab nak chart nya dapat dot cantik.

2) Bulan julai ni jugak ovulate lambat iaitu CD-19. Mungkin sebab terlampau stress di tempat kerja.

3) Kalau tengok masa CD-11, suhu mencanak naik kepada 36.9 C. Ha.. kalau tak biasa dengan rentak suhu badan sendiri mesti ingat ada bunga-bunga harapan tapi tak pun sebenarnya. Kebiasaannya, my cycle, antara CD-10 ke CD-11, memang dia suka naik tinggi gitu. Lepas esoknya, suhu turun dan macam biasa lah, bendera merah lepas tu.

4) Rujuk pada chart, sy jumpa 'whiteegg' tu masa CD-16. Ingatkan dah nak ovulate, rupanya lewat sikit dari expected.

Sekian.

07 August 2015

Minta pendapat TTCian

Assalamualaikum.

Sekarang tengah re-build semangat balik, lagi2 tengah counting DPO ni. Memang mood bertaburan everywhere bila simptom DPO dah makin pudar. Bila belek2 blog ni, baru perasan da lama rasa tinggal fertility treatment.

Kalau tengok kat record tepi blog ni, last jumpa doktor masa bulan mac 2015. Sekarang dah bulan Ogos 2015. Dah 5 bulan tinggalkan treatment. Sekarang ni dah tak jaga makan sangat. Tak pantang makan sangat. Tak makan apa-apa supplement dah.

Sejak Mac cycle on clomid dulu, then tak berjaya lagi, terus rasa drop dan malas nak take serius. Tapi tak tahu kenapa 2 3 hari ni, rasa macam nak serius balik untuk treatment tapi tengah pikir nak tukar doktor atau still remain the same doktor.

Yang melawat blog ni, bole minta pendapat tak? Nak tukar doctor/klinik ke tidak & klinik mana yang elok dan kos nya yang berkemampuan.

Rasa macam hopeless kadang2. Rasa kadang2 macam semangat je nak pergi buat cuma tak tahu nak ambil step apa sekarang.

Rekod setakat ni:

  • Tahun Perkahwinan (setakat tarikh post) : 2 tahun 4 bulan
  • 1st doctor (gyne): Ng Specialist obgy clinic, Muar : 
          a) 27.12.2014 : 1st appoinment : scan rahim - normal
          b) 24.1.2015  : Semen analysis test - result ok and normal
          c) 7.2.2015    : Datang klinik untuk ambil clomid, makan untuk next cycle. 
          d) 13.2.2015  : on clomid (cd3)
          e) 24.2.2015  : cd14, scan rahim untuk cek ovum (selepas ambil clomid), 3 ovum produce but only                                      1 ovum in good condition. 
          f)14.3.2015   : Scan rahim, test UPT = negative. Petang dah period. Collect clomid for next cycle
          g)16.3.2015   : on clomid (cd3)
          h) 28.3.2015  : scan rahim, 2 ovum produce but 1 ovum in normal size, another is bigger
          i) 14.4.2015   : period. Rest from any medication

Sesiapa yang baik hati dan rajin nak menulis di komen, sangat dihargai.. :) terima kasih.

28 July 2015

Late Post: BBT Chart - cycle Jun 2015

Assalamualaikum.

Cuma nak share BBT Chart cycle Jun 2015. Cycle yang tak berapa lengkap.


1) Untuk bulan Jun ni, mula temping masa CD1. Waktu tu dah menghampiri 1 Ramadhan. So, dah decide untuk tak temping dulu sampai betul-betul dah habis period, baru temping sebab nak selaraskan waktu temping suhu biasa dengan suhu bangun sahur tapi lepas tu terus stop temping untuk sementara.

2) CD11 temping semula. Mulakan dengan waktu bangun sahur iaitu 4.00 pagi. Tu sebab CD1 jadi dot putih.

3) CD15, tak ambil suhu sebab lupa nak bawak termometer. 

4) CD28, dot hitam putus garisan dengan CD1 yang next cycyle. Tu sebab demam panas. 

Sekian. Berusaha selagi diberi peluang...:) 

05 July 2015

May 2015 : BBT chart

Assalamualaikum.

Blog owner dah mula nak menyepi. Kesian blog terabai kejap. Buat masa ni just nak update pasal chart untuk cycle of May. Seperti yang sebelumnya, masih belum concieve. Dan setiap hari kena motivate diri sendiri untuk jangan terlampau fikir yang negatif.


1) Cycle bulan Mei sikit panjang. It takes 29 days. 
2) Ovulation day spotted on the graf pun macam lari sikit iaitu pada CD 13. Selain tu, dapat juga OPK positive waktu CD13.
3) Masa CD24 tu ada white dot kan, tak ingat sebab apa. Rasanya 'sleep deprive' kot sebab asyik terjaga dari tidur. 
4) Selain tu, bulan agak lama juga la spotting baru betul2 ada flow darah.

Itu sahaja setakat ni. Untuk Cycle Jun, belum lagi. Tengah counting DPO. Berharap kami ada rezeki di bulan Ramadhan yang mulia ni. Aaminn.