09 May 2014

Mula dengan Konsisten

Assalamualaikum.

Selepas terbaca blog cujenlejen & blog FindingTwoLines, semangat nak mula put an effort on my TTC secara konsisten tu dah dapat balik. Sebelum ni hangat2 taik ayam je. Contoh nya pil acid folic. Bila tengok orang kata elok ambil acid folic untuk persediaan before pregnant, I beli lah sebab nak cuba. Mula2 je konsisten makan pil tapi lama2 dah skip2... then lama2 dah terperuk dalam handbag...T_T.

Bukan setakat acid folic je beli, OPK atau Ovulation Predictor Kit pun beli. Itu pun pakai 2 test je, lepas tu macam..eh, cam takde beza pun. Terus terperuk dalam laci.

Lepas setahun kahwin, still tak de tanda2 pregnant. Macam2 perasaan ada. Asben plak bila ajak pegi cek kat gynae, macam tak de feeling je nak buat. Tak dapat nak agak apa dalam fikiran dia. Mula dari bulan lepas, jadi main cak2 pulak period. Tunggu dekat 4 ke 5 hari, period tak yo datang. Hati ini duk pikir, ni nak period ke idak. Rupanye, lambat. Sejak lepas kahwin ni, period jadi tunggang langgang. Before kahwin, cantik je schedule period. Tak lari jauh pun. 27 ke 28 ke 26 ke. Itu je. Tapi lepas kahwin, terus tak cantik dah period cycle.

Lepas dari last period, terus rasa down sangat2. Bila ter-google 2 blog tadi tu, terus semangat nak serius TTC. Hope lepas ni tak la hangat2 taik je. Kalau nak ikut kan jage hati orang, tak larat dah. Kawan2 yang kahwin saing pun macam ikut turn plak pregnant. Aduh..stress sangat.

So, take the serius 1st step ok. 

Today.. start with OPK and acid folic again. 

chaiyok!!!

No comments:

Post a Comment

Beautiful word is recommended here ;)