Hari ini khamis dah. Lagi beberapa hari je nak raya kan? Sepanjang ramadhan ni, hampir tiap minggu masak sendiri. Tak ada pegi beli lauk kat bazar. Melainkan husband shift petang. Tapi kalau minggu lain tu ada la beli air or kuih je. Sampai rumah pas balik keje dah pukul 5 lebih. Baring guling2 kejap, solat, dah pukul 6. Memang bersilat kat dapur.
Walaupun raya dah nak dekat, tapi tak countdown for raya sebenarnya. Countdown untuk period. Samada bulan ni ada rezeki ke tak untuk baby. Sebab pe? Breast dah rasa lain macam. Semalam bukan main sakit lagi. Tak sedap duduk dibuat nye. Rasa sakit yang mana; tak pegang pun sakit. (paham tak? hehe.. tak tau nak explain dah). Tapi pagi ni dah ok cuma macam tetibe macam sakit on off. Bahagian *bawah* pun rasa tak selesa.
Banyak tanda nak period tapi tah la. Baru CD ke berapa tah ni. Macam awal lagi. Malas nak layan perasaan sangat tapi bila tengok kawan2 selfie dengan perut masing2 rasa macam... hmm (u_u) bia la. Tunggu la bila rezeki kite plak sampai. Semalam tengok ramai yang post pasal scha al-yahya dah bersalin. Seronok tengok gambar jari baby dia. hehe..
Mungkin raya kali ni kami raya berdua lagi. Rasa macam x de perasaan nak pegi beraya nanti. Sebab dah kalau orang duk jeling2, duk pandang2, duk tanya bila nak ade baby.. semua tu buat rasa down je. tau tak????????????????
Sekarang tengah pulun beading baju mak. Yela, tukar fokus ke benda lain supaya tak terlalu pikir pasal anak. Duk pikir manik pun stress gak. Bila la nak siap. Raya dah nak dekat. Nasib la baju orang dah siap dulu.
until next post
No comments:
Post a Comment
Beautiful word is recommended here ;)