On 17-8-2014, me sambung untuk sesi bekam dan urut untuk sesi kedua (syaratnya kena 2 kali). Macam biasa, kena datang buat bekam dulu dan urut tapi hari tu tukang bekam tu urut sikit badan sebelum bekam. Haa..lupa nak bagi tau, tukam bekam me adalah perempuan ye. Kakak tu memang buat untuk bekam perempuan dan rawatan untuk wanita lepas bersalin ~ urut, dan sebagainya.
Untuk kali kedua bekam ni, just me sorang je. Hubby tak perlu bekam sekali. Bila dah lama tak bekam, rasa cam tak biasa plak. Masa mula2 nak bekam, dia akan sedut (pam) guna cup untuk buat kesan dan rongga keluar darah kotor tu kan, haa..time tu macam badan rasa tak boleh gerak sebab satu badan de cup tu. Tapi belakang badan je la.
Agak lama la untuk sesi bekam sahaja. Siap boleh tidur. Macam ala-ala pegi spa la gitu. Cuma bekam ni bukan sedap macam urut spa ye. Huhu..takpe, untuk kesihatan dan usaha untuk pregnant, sanggup taw. Darah kotor tak la banyak sangat. Selain tu, bekam kali kedua ni, buat bekam di kepala juga tapi 1 cup je. Bekam di kepala, dia guna mesin untuk pam sebab kalau guna pam tangan tu, tak lekat kat kepala. Bila guna mesin, dia akan pam sampai tempoh yang tukang bekam kata perlu. Takde rasa pening ke apa, just rasa macam berat kat kepala sikit. Tukang bekam tu kata selalunya lepas bekam di kepala, rasa pening sikit.
Okeh, lepas siap bekam, kakak tu urut satu badan dan kepala. Masa tengah urut tu, kakak tu siap sendawa banyak kali. Dia bagi tau, badan banyak angin. Kat kepala pun sama. Selain tu, dia urut peranakan; means dia betulkan peranakan la. Senak oo0..dia tekan. huhu.
Beza lepas bekam dan urut?? Setakat ni dapat rasa perbezaan pada perut dan badan. Angin dah takde banyak sangat. Sebab apa? kalau sebelum ni, angin banyak, asyik rasa lapar je and mual. Sebab angin menolak je apa yang dimakan. Sekarang ni, dah kurang rasa lapar. Hanya makan pada waktu makan je. Mau tak gemuk nya kalau asyik lapar je kan. Hm.. berat makin naik plak lepas kahwin ni. Tengok nombor kat penimbang bila time timbang berat, telan air liur oiii..
Selain tu, badan tak la rasa lemau je. Paling penting, lepas bekam and urut ni, tukang bekam pesan. Lepas ni ada pantang larang makan. Antara makanan paling penting dan besar efek kat badan yang TIDAK BOLEH makan adalah nenas, air yang dicampur dengan AIS BATU, kelapa, tebu, tembikai. Ais batu ni pun sebenarnya memang tak elok untuk badan sebab boleh buat sakit urat dan badan lemah. So, ada logik la pantang makan ni.
So, kita ikut je la demi kesihatan badan untuk usaha ke arah pregnancy ni.
Okeh, panjang lebar dah me cerita. Harap dapat membantu pada yang baca.
~ tHank yOu. unTil Next poSt ~