24 February 2015

Step with gyne : Scan/cek telur

Assalamualaikum.

Selepas beberapa hari ambil clomid, malam tadi dah pergi klinik jumpa doctor untuk cek telur. Semalam doc just scan dari luar. Berdasarkan scan semalam, doc kata bulan ni ada 3 telur tapi cuma 1 je yang cantik. Doc komen bulan ni punya telur tak berkualiti sangat..sedey i :(

Tapi tak pe, doc kata just try the best even 1 je yang cantik. Dapat la tengok telur semalam, jelas yang 1 je cantik bulat nya. Lagi 2 macam bentuk leper. So, doc advise untuk 'bersama' on last night - hari penting, today or lusa juga boleh try 'bersama'.

Selain tu, ada jugak tanya doc. Kenapa bila ambil clomid, badan rasa panas dan bahang? Doc kata tu antara kesannya waktu ambil clomid. Its normal. Selain tu, notice jugak yang CM agak kering, lagi2 pulak badan bahang je. Perghhh.. tak tahan tuh. Sampai kan tiap malam sebelum tidur mesti badan kan badan dulu kalau tak, memang tak boleh tidur. Rasa macam nak cepat habiskan makan clomid. Tak tahan bahangnya.

Total kos semalam ialah RM 60.00. Scan sahaja. Harap kami ada rezeki bulan ni tuk dapat baby. Wish me luck..

~until next post~

10 February 2015

BBT-6 : cycle Januari 2015

Assalamualaikum.

Dimulakan dengan BBT new year ni. Baby new year belum muncul lagi.


1. Untuk cycle Januari ni, disebabkan tak letak jenis CM (cervical mucus), FF terus confius nak letak red crossline a.k.a  O-day bila dan juga suhu yang agak turun naik & tak stabil around expected ovulation day (O-day). 

2. Dalam chart, O-day di catat pada CD-12. FF telah 3 kali tukar O-day saya. Dari CD-12 ke CD-14 tapi lepas tu tukar semula ke CD-12. (ha.. confius tak??)

3. Bila O-day jadi keliru, so, my expected period pun dah tak tentu arah dengan suhu badan tinggi dan turun naik, memang mengharap jugak la. Then, 1 of BBT senior kata kalau hati kering boleh dah buat UPT (masa tu pada CD-25) sebab suhu agak tinggi dan ingatkan CD-25 adalah DPO 12. Tapi rasanya FF confius letak data. 

4. Bila da ready kemungkinan UPT tu kepada result apa, maknanya hati kering la baru bole buat kan? so, result nya negative (-ve). BFN = big fat negative. 

5. As the negative result, today dah turun darah. Badan agak lemau je ni. Macam tak larat nak kerja. 

This month sudah pergi jumpa doc O& G. Klinik swasta. Memang costly tapi tak kisah la, janji ada usaha untuk baby. This month akan mula on clomid. Ni akan cerita untuk entry lain. 

~ until next post ~