07 August 2015

Minta pendapat TTCian

Assalamualaikum.

Sekarang tengah re-build semangat balik, lagi2 tengah counting DPO ni. Memang mood bertaburan everywhere bila simptom DPO dah makin pudar. Bila belek2 blog ni, baru perasan da lama rasa tinggal fertility treatment.

Kalau tengok kat record tepi blog ni, last jumpa doktor masa bulan mac 2015. Sekarang dah bulan Ogos 2015. Dah 5 bulan tinggalkan treatment. Sekarang ni dah tak jaga makan sangat. Tak pantang makan sangat. Tak makan apa-apa supplement dah.

Sejak Mac cycle on clomid dulu, then tak berjaya lagi, terus rasa drop dan malas nak take serius. Tapi tak tahu kenapa 2 3 hari ni, rasa macam nak serius balik untuk treatment tapi tengah pikir nak tukar doktor atau still remain the same doktor.

Yang melawat blog ni, bole minta pendapat tak? Nak tukar doctor/klinik ke tidak & klinik mana yang elok dan kos nya yang berkemampuan.

Rasa macam hopeless kadang2. Rasa kadang2 macam semangat je nak pergi buat cuma tak tahu nak ambil step apa sekarang.

Rekod setakat ni:

  • Tahun Perkahwinan (setakat tarikh post) : 2 tahun 4 bulan
  • 1st doctor (gyne): Ng Specialist obgy clinic, Muar : 
          a) 27.12.2014 : 1st appoinment : scan rahim - normal
          b) 24.1.2015  : Semen analysis test - result ok and normal
          c) 7.2.2015    : Datang klinik untuk ambil clomid, makan untuk next cycle. 
          d) 13.2.2015  : on clomid (cd3)
          e) 24.2.2015  : cd14, scan rahim untuk cek ovum (selepas ambil clomid), 3 ovum produce but only                                      1 ovum in good condition. 
          f)14.3.2015   : Scan rahim, test UPT = negative. Petang dah period. Collect clomid for next cycle
          g)16.3.2015   : on clomid (cd3)
          h) 28.3.2015  : scan rahim, 2 ovum produce but 1 ovum in normal size, another is bigger
          i) 14.4.2015   : period. Rest from any medication

Sesiapa yang baik hati dan rajin nak menulis di komen, sangat dihargai.. :) terima kasih.