27 December 2015

Current BBT chart: Month of December

Assalamualaikum.

Sambungan entri kedua untuk bulan Disember.



Cycle kali ini mungkin agak terganggu dengan kerja. Huuaaaaaaa T_T nak nangis rasanya bila tengok chart ni berulang kali. Dengan skip temping beberapa hari, jadi lompong aje kat graph. Baru perasan cycle kali ni agak luar biasa sikit selepas di analisis sendiri.

  • Bila tengok pada chart, suhu agak rocky. Padahal bulan ni mana ada ambil apa-apa supplement atau ubat pun. 
  • Lepas tu, boleh pulak O-day kali ni jatuh pada CD-12. T_T Cannot accept this time.
  • Pada awalnya macam tak percaya dengan chart FF ni tapi bila start CD23, dah mula spotting. Memang agak pelik. Ingatkan bleeding nak pregnant ke kan, tapi semua harapan palsu je.
  • Bila da tengok hujung2 hari, suhu mula turun dan perut asyik la cramp (yang mana waktu tu keliru, ni lapar ke cramp).
  • Cycle kali ni 26 hari je. Tak sampai 29 hari pun. Kebiasaan nya cecah 29 ke 32 hari.
  • Risau la tengok cycle dah makin pelik ni.
Sekian. yang menunggumu anak ibu~

Late post : Cycle 1.11.15

Assalamualaikum. 

Bersiaran lagi. Post kali agak ketinggalan sikit sebab sebulan dua ni agak sibuk di pejabat sampaikan tak ada masa nak blog walking. 

Ini untuk cycle November yang betul-betul CD1 jatuh pada 1 November 2015.



  1. Cycle ni ada buat OPK test dan memang dapat jangka la hari subur a.k.a O-day pada CD14. Selain tu OPK test kali ni sangat terang double line.
  2. Selain tu, suhu cantik. Tak rocky sangat tapi biasa la masa DPO 11-DPO 12 mesti suhu akan spike tinggi yang mana memberi harapan palsu pada diri ku (=_=)". Lepas je melepasi DPO 13 or DPO14, suhu mesti turun.
  3. Dan secara otomatik, bila cukup DPO 14 suhu turun, esok nya naik la 'bendera merah'. 
  4. Kali ni pun, spotting keluar dalam 4 hari sebelum betul-betul ada flow period.
Sekian, yang menunggu mu anak ibu~.