26 July 2016

BBT Chart: April - Jun 2016

Assalamualaikum.

Selamat hari raya tahun 2016. Dah lama tak share BBT chart. Kalau dulu, tiap bulan share. Sekarang ni, 3 bulan sekali atau bebulan sekali baru update...T_T Sodeh cito eh. Dah tak rajin macam dulu. Lagi2 sejak hubby pasang econ kat bilik tidur. Suhu BBT kelaut oiii... tak mau naik tinggi. Kot ada naik pun 1 or 2 langkau suhu je.

Kenapakah begini????? mana tak nye. Suhu econ memang bukak paling tinggi tapi hubby punya pesen ialah dia tambah dengan kipas. Memang sejuk jugak la malam2. Suruh tak payah pakai econ, tak mau. Bini nye ni siap tido pakai stokin & sweater taw. Siap gigil pukul 2 3 pagi. Hubby rilek dengan selimut je.

Meh la tengok chart 3 bulan paling latest ni. Nak ulas banyak2 pun tak ingat dah.


        
Chart : April 2016


Chart : Mei 2016

Chart : Jun 2016
Tengoklah ketiga-tiga chart ni. Memang suhu main atas pagar je. Tak turun sangat dan tak naik sangat. Kadang stress jugak. Ok, setakat ni je untuk update kali ni.

~until next post~

03 May 2016

BBT chart : Jan - Mac 2016

Assalamualaikum.

Beberapa bulan telah pun berlalu. Bulan lepas counting months and days untuk anniversary ke 3. Hati ni makin tak keruan bila fikirkan umur dan anniversary ni. Kawan yang sebaya, masing-masing dah masuk 2nd pregnancy. Tipu lah kalau kata tak ada rasa sedih. Memang tak boleh elak. Lagi-lagi makcik yang suke bonar lah tanya soalan sensitif ni. Tak pe lah, meh la share 3 bulan chart yang pending share :-


CYCLE JANUARI


CYCLE FEBRUARI
 

CYCLE MAC

Nothing much different daripada bulan-bulan sebelumnya. Itu yang menghilang beberapa bulan.

~until next post~

22 January 2016

BBT : Cycle December 2015

Assalamualaikum. 

Selamat tahun baru 2016.

Cycle baru untuk tahun baru ni baru je bermula 2 hari yang lepas. Entri kali ini nak share chart bulan lepas. The last cycle untuk tahun lepas. 


1) Cycle kali ini, suhu masa awal period memang agak tintong sikit tapi mula lepas ovulate, terus suhu spike. 

2) Ovulation day tak pasti bila sebab tak buat pun OPK test tapi kalau ikutkan suhu spike tu, mungking Ovulate pada CD-14.

3) Suhu masa day past ovulation (DPO) memang stay tinggi. Then, masa 2 or 3 hari before flow period, suhu dah makin turun dan itu memang biasanya menandakan nak period. 

4) As expected, memang lepas suhu turun, darah pun turun masa suhu rendah iaitu 36.2 C. 

5) This cycle in last month, memang sangat though month. Maybe until next month. Now, I am counting the days to end my work. 

~until next post~