05 July 2015

May 2015 : BBT chart

Assalamualaikum.

Blog owner dah mula nak menyepi. Kesian blog terabai kejap. Buat masa ni just nak update pasal chart untuk cycle of May. Seperti yang sebelumnya, masih belum concieve. Dan setiap hari kena motivate diri sendiri untuk jangan terlampau fikir yang negatif.


1) Cycle bulan Mei sikit panjang. It takes 29 days. 
2) Ovulation day spotted on the graf pun macam lari sikit iaitu pada CD 13. Selain tu, dapat juga OPK positive waktu CD13.
3) Masa CD24 tu ada white dot kan, tak ingat sebab apa. Rasanya 'sleep deprive' kot sebab asyik terjaga dari tidur. 
4) Selain tu, bulan agak lama juga la spotting baru betul2 ada flow darah.

Itu sahaja setakat ni. Untuk Cycle Jun, belum lagi. Tengah counting DPO. Berharap kami ada rezeki di bulan Ramadhan yang mulia ni. Aaminn. 

12 May 2015

April : Cycle rehat dari ubat

Assalamualaikum.

Seperti yang dijangka, bulan lepas memang belum rezeki lagi sebab tengok tak ada perbezaan apa2 dengan cycle yang sebelum ni.


1. Hari pada cycle ni da kembali normal iaitu kembali ke 28 hari. 
2. O-day pun dah duk diam2 kat cd-14.
3. Suhu bulan ni agak banyak yang mendatar tapi flow suhu tu pun da normal jika dibanding masa ambil clomid. 

Sekarang ni tengah pikir, cara apa lagi nak cuba tuk cycle seterusnya ni. Nak jumpa gyne lain tapi tak tahu mana yang elok dan mampu untuk tanggung kos.

~until next post~

14 April 2015

Cycle kedua on clomid : failed

Assalamualaikum.

Dengan merujuk pada suhu di BBT chart, dah boleh expect yang cycle ini tak berjaya juga. Dah tak tahu nak rasa apa. Husband pun dah mula tak senang duduk. Sebelum ni kite sorang je pikir. Sekarang ni sama2 risau ye.

Cycle ke-2 on clomid, dengan macam2 simptom yang agak mengelirukan. Antaranya:-


  • Ovulate lambat. Selalunya O-day antara cd14 @ cd15. Bila on clomid, O-day pada cd16.
  • Jerawat naik [jenis tak nak pecah tapi tinggal parut.. perghh..sedehhh tengok muka] tapi bila dah period, jerawat tu kecut sendiri.
  • suhu yang agak tak normal, bila compare dgn cycle yg biasa & tanpa ubat.
  • Day past Ovulation (DPO) jadi lagi panjang. Selalunya sampai DPO-13 @ 14, lepas tu dah turun darah.
Ni chart yang baru lepas ni:-


1. As in the chart, O-day on cd-16. 
2. This month sempat buat OPK dengan sabar ye. Alhamdulillah jumpa +ve tapi OPK punye je la. UPT je belum jumpa lagi. 
3. This cycle, suhu agak tinggi lepas ovulate. Ingatkan ada harapan tapi harapan ke laut bila DPO-11 suhu jatuh dan mengikut ke hari2 seterusnya. 
4. Even when got period, suhu masih agak tinggi. Mungkin sebab cuaca kot.

Ok la.. itu je. Nak shape kan hati dan perasaan ni untuk tak put on stress pasal baby untuk bulan ni. Nak relax. Kita tengok la boleh ke tak nak buat. 

Until next post.......................

31 March 2015

2WW yang mendebarkan

Assalamualaikum.

Hari ini, kalau tak salah pengiraan, dah masuk DPO-2. Bulan dan cycle ke-2 yang on clomid. Selain tu, dengan kualiti telurnya lagi, memang nervous betul nak habiskan 2WW. This cycle cuba BD sekerap yang mungkin dan ikut suggestion doctor.

Tapi untuk hari selang ke-3 tu yang tak sempat sebab hubby tak sihat. That day adalah hari selepas ovulation. Rasa ralat juga tapi tak kan nak paksa plak kan? tak pe la, dah usaha, kami tawakal je. Harap dengan tidak menaruh terlalu tinggi harapan, berharap agar rezeki kami dipermudahkan untuk dapat zuriat.

Nampak tak berapa banyak perkataan harap. No one else understand my situation except you are TTC and experience the moment during TTC. This cycle mungkin the last cycle makan ubat doc untuk TTC. Sebab lepas ni ingat nak rest dulu.

Untuk TTCian yang lain, sy pun doakan untuk semua supaya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki untuk mendapat zuriat. Amin :)

25 March 2015

Scan ovum

Assalamualaikum.

Hari ini CD-13. Pagi sebelum masuk office, pergi jumpa gyne dulu sebab nak scan rahim untuk cek ovum. Untuk bulan ni, doctor tambahkan dos pengambilan clomid iaitu dari 2 biji ke 3 biji/ 1 hari. Bila dah tambah dos ni, dia punye efek yang agak obvius ialah jerawat yg besar tempel dekat muka okey...T_T

Based on scan by today, result clomid pada telur untuk cycle ni agak mengecewakan. Not as expected. Doctor bagi tahu, cycle ni ovum produce ada 2 TAPI..... satu daripada ovum tu, saiznya agak besar dari biasa. Kualiti pun kurang jugak, sama macam bulan lepas. Doctor suruh usaha jugak. Do your best.

Statement doctor agak down kan sikit semangat. Hurm..entah la. A bit frust sebab bila doctor dah tambah dos clomid, ingat ovum boleh produce dengan lebih kualiti. Jika ada yang visit here, doakan untuk kami ye. This month, mana tau boleh dapat good news sekali dengan annivesery 2 tahun kahwin (bulan depan).

Kos untuk appoinment kali ni:-

- scan rahim : RM 60-00

~until next post~

15 March 2015

BBT : cycle ke-7

Assalamualaikum.

Refer pada entry sebelum ni. Dimana red cross line dan ovulation day tak dapat detect sebab FF confius. Selain tu, cycle kali ni memang kesihatan tak mengizinkan. Dengan batuk dan selsema yang sangat buat badan lemah. Ingatkan sakit2 ni mungkin berisi tapi expectation meleset.

Disebabkan kali ni punya cycle belum berjaya, so, sabtu lepas 14.3.2015 pergi jumpa gyne. Doctor bagi clomid lagi. Cuma kali ni doc naik kan dos. 1 hari kena makan 3 biji. Hopefully this time ada rezeki. Memang kalau dah makan 3 biji, memang banyak tuh. Efek nye nanti cm mana lah kan.

Kos untuk appoinment kali ni adalah RM120.00. Mungkin sebab masa jumpa doc hari tu, doc ada scan rahim sebab nak cek kenapa belum period dan doc ada suruh buat upt tapi negative. So, result nya, kena makan clomid lagi la. Tu yang mahal kot. Tak pe lah, every cost yang keluar, relakan je demi untuk rezeki yang 1 ni.

Refer to graph, nak illustrate and ringkasan sikit.


1. Cycle ke-7 buat BBT ni adalah kali pertama on clomid. Efek atau kesan bila on clomid ni yang paling ketara, badan sangat  panas dan berbahang. Selain tu, jerawat timbul. Besar dan jerawat nye tak kecut pun. Tiba2 je dia hilang sendiri (dalam few days). ** Lain orang, lain badan, lain efek on clomid ye.

2. As mentioned, badan jadi bahang masa on clomid. Suhu agak tinggi dan mempengaruhi BBT. Suhu memang maintain dari range 36.6 C - 36.7 C. Tapi lepas habis clomi, suhu turun sekejap tapi naik lagi waktu kena batuk & selsema ritu.

3. This time, cervical mucus untuk Eggwhite (EW), memang bole tengok dalam 3 hari tapi paling obvius pada CD-15. TAPI kalau notice pada simptom DPO atau day past ovulation seperti sakit pinggang, tender nipple (TN), badan letih dan berangin, cuma mula rasa pada CD-18. So, mungkin O-day pada CD-17.

4. Pada CD-14 & CD-16 ada buat OPK test tapi negative. Tak letak pun pada graph sebab dapat (-ve).

5. Bila kesihatan merudum, suhu memang turun naik. FF tak dapat nak detect O-day sebab peningkatan suhu untuk 3 hari berturut2 tak jelas di graph. So, sehingga CD-25, still sama je. Terpaksa buat Manual Turning Override. Tentukan O-day secara manual. 

6. Kenapa keluar cross line warna biru? sebab buat Manual Turning Override. Boleh belek FF application untuk tahu pasal ni. Maaf, tak sempat nak cite.

7. Disebabkan on clomid ni la, period jadi panjang 3 hari. Mungkin la sebab clomid.

~until next post~

02 March 2015

Red Cross Line tak muncul (BBT)

Assalamualaikum.

Agak stress for this cycle. Hari ini dah masuk CD-21 tapi crossLine pada BBT still tak muncul. Padahal, dalam masa yang sama, simptom DPO dah dapat rasa dah.


Masuk ke hari ini, suhu asyik flat je. Takat 36.6 C saje. Nak kata belum ovulate tapi simptom DPO dah rasa. Contohnya :

1) Tender Nipple (TN)
2) Saki pinggang:  tak payah kata la.. asal salah duduk, sakit nye memang lambat nak hilang
3) Berangin & asyik loya.

Tadi pagi ada try buat UPT tapi macam yang dijangka, terlalu awal. So, dapat la BFN (Big Fat Negative).

Adakah semua ni sebab on clomid????

Penantian yang membuat badan rasa tak semangat... :(

Sekian.

24 February 2015

Step with gyne : Scan/cek telur

Assalamualaikum.

Selepas beberapa hari ambil clomid, malam tadi dah pergi klinik jumpa doctor untuk cek telur. Semalam doc just scan dari luar. Berdasarkan scan semalam, doc kata bulan ni ada 3 telur tapi cuma 1 je yang cantik. Doc komen bulan ni punya telur tak berkualiti sangat..sedey i :(

Tapi tak pe, doc kata just try the best even 1 je yang cantik. Dapat la tengok telur semalam, jelas yang 1 je cantik bulat nya. Lagi 2 macam bentuk leper. So, doc advise untuk 'bersama' on last night - hari penting, today or lusa juga boleh try 'bersama'.

Selain tu, ada jugak tanya doc. Kenapa bila ambil clomid, badan rasa panas dan bahang? Doc kata tu antara kesannya waktu ambil clomid. Its normal. Selain tu, notice jugak yang CM agak kering, lagi2 pulak badan bahang je. Perghhh.. tak tahan tuh. Sampai kan tiap malam sebelum tidur mesti badan kan badan dulu kalau tak, memang tak boleh tidur. Rasa macam nak cepat habiskan makan clomid. Tak tahan bahangnya.

Total kos semalam ialah RM 60.00. Scan sahaja. Harap kami ada rezeki bulan ni tuk dapat baby. Wish me luck..

~until next post~

10 February 2015

BBT-6 : cycle Januari 2015

Assalamualaikum.

Dimulakan dengan BBT new year ni. Baby new year belum muncul lagi.


1. Untuk cycle Januari ni, disebabkan tak letak jenis CM (cervical mucus), FF terus confius nak letak red crossline a.k.a  O-day bila dan juga suhu yang agak turun naik & tak stabil around expected ovulation day (O-day). 

2. Dalam chart, O-day di catat pada CD-12. FF telah 3 kali tukar O-day saya. Dari CD-12 ke CD-14 tapi lepas tu tukar semula ke CD-12. (ha.. confius tak??)

3. Bila O-day jadi keliru, so, my expected period pun dah tak tentu arah dengan suhu badan tinggi dan turun naik, memang mengharap jugak la. Then, 1 of BBT senior kata kalau hati kering boleh dah buat UPT (masa tu pada CD-25) sebab suhu agak tinggi dan ingatkan CD-25 adalah DPO 12. Tapi rasanya FF confius letak data. 

4. Bila da ready kemungkinan UPT tu kepada result apa, maknanya hati kering la baru bole buat kan? so, result nya negative (-ve). BFN = big fat negative. 

5. As the negative result, today dah turun darah. Badan agak lemau je ni. Macam tak larat nak kerja. 

This month sudah pergi jumpa doc O& G. Klinik swasta. Memang costly tapi tak kisah la, janji ada usaha untuk baby. This month akan mula on clomid. Ni akan cerita untuk entry lain. 

~ until next post ~

15 January 2015

Kecewa lagi... Cycle December 2014

Assalamualaikum.

Hari ini dah masuk CD-3 untuk cycle baru. Agak kecewa jugak sebenarnya. Ingatkan ada berita gembira la bulan ni, rupanya belum lagi. Sebab apa? masa hujung2 cycle, suhu agak lambat untuk drop. So, mungkin ingat ada chance la kan. Tapi nak buat macam mana, kena positive sebab bak kata seseorang, nasib baik datang period daripada tak datang lansung. Kan??

Oke, last cycle punya chart:


1.  Pada CD-4, suhu naik agak mendadak tiba-tiba sebab on that demam.

2.  Untuk cycle ni, O-day (ovulation) pada CD-15. Lepas je pada hari CD-15, terus suhu spike. So, memang confirm la dah ovulate kan. Dengan tanda2 ovulate pun dah terasa. BD

3.  Nampak simbol '#' tu, maknya ada tinggalkan note. Sepanjang hari yang ada tanda hashtag '#' tu, ada ambil V-sireh. Next time akan review pasal ni sebab nak cuba untuk beberapa tempoh masa dulu untuk tengok keberkesanan.

4.  Last 2 days pada hujung cycle, tengok suhu mendatar je, pada 36.6 darjah celcius tapi pada CD-27 macam dah spotting. Tapi tak banyak. Keesokkan hari nya spotting juga. Menunggu juga dan memang dah agak la period is on the way. Masuk je senja, terus turun darah. So, I decided to tick on menses (light flow) walaupun darah turun petang.

**setelah ber-BBT untuk 5 chart dah, dapat agakla waktu bila ovulation, berapa panjang cycle dan keadaan CM (cervical mucus/ lendiran faraj). Cuma yang belum paham, turun naik suhu. Ok lah.

~until next post~