23 July 2014

Ramadhan dan Aidilfitri dengan perasaan

Assalamualaikum

Hari ini khamis dah. Lagi beberapa hari je nak raya kan? Sepanjang ramadhan ni, hampir tiap minggu masak sendiri. Tak ada pegi beli lauk kat bazar. Melainkan husband shift petang. Tapi kalau minggu lain tu ada la beli air or kuih je. Sampai rumah pas balik keje dah pukul 5 lebih. Baring guling2 kejap, solat, dah pukul 6. Memang bersilat kat dapur.

Walaupun raya dah nak dekat, tapi tak countdown for raya sebenarnya. Countdown untuk period. Samada bulan ni ada rezeki ke tak untuk baby. Sebab pe? Breast dah rasa lain macam. Semalam bukan main sakit lagi. Tak sedap duduk dibuat nye. Rasa sakit yang mana; tak pegang pun sakit. (paham tak? hehe.. tak tau nak explain dah). Tapi pagi ni dah ok cuma macam tetibe macam sakit on off. Bahagian *bawah* pun rasa tak selesa.

Banyak tanda nak period tapi tah la. Baru CD ke berapa tah ni. Macam awal lagi. Malas nak layan perasaan sangat tapi bila tengok kawan2 selfie dengan perut masing2 rasa macam... hmm (u_u) bia la. Tunggu la bila rezeki kite plak sampai. Semalam tengok ramai yang post pasal scha al-yahya dah bersalin. Seronok tengok gambar jari baby dia. hehe..

Mungkin raya kali ni kami raya berdua lagi. Rasa macam x de perasaan nak pegi beraya nanti. Sebab dah kalau orang duk jeling2, duk pandang2, duk tanya bila nak ade baby.. semua tu buat rasa down je. tau tak????????????????

Sekarang tengah pulun beading baju mak. Yela, tukar fokus ke benda lain supaya tak terlalu pikir pasal anak. Duk pikir manik pun stress gak. Bila la nak siap. Raya dah nak dekat. Nasib la baju orang dah siap dulu.

until next post

01 July 2014

Ramadhan ke-4 dan Jun cycle

Assalamualaikum.

Salam ramadhan kepada readers [kalau de yg baca la ;) ]. Hari ini dah masuk ramadhan ke-4 tapi me tak dapat puasa pun. Sekarang CD-3. Pasal cycle bulan Jun plak, memang de kaitan la dengan Puasa tahun ni. Ingat dapat la puasa untuk minggu pertama ni, rupa nya tak.

Untuk past 2 month, cycle period jadi lama okeh.. 30 hari dan 32 hari. Tetiba plak bulan Jun ni, jadi 25 hari je. Bulan lepas pun emosi tak berapa nak stabil. Asek stress and rase macam emo giler. Ingat period lambat tapi wrong expectation. Start dari bulan Jun da makan asid folic semula..selepas stop awal tahun ritu. So, mungkin sebab dah makan asid folic, period jadi pendek sikit (agaknye la.. me pun x tahu sahih nye.)

Selain tu, bulan ni tak de senggugut sangat just rasa macam period angin je dan pedih ulu hati dan ngilu kat breast. Tak tahu la sebab pe. Haih la.. period jadi tunggang langgang. Tak pe la. Selagi datang tiap bulan, ok la. Ingat lepas ni nak try alternative lain untuk TTC (try to concieve).

Bulan lepas buat OPK test (Ovulation Predict Kit), betul tak ni? hehe.. maaf kalau salah explain. Kali ni buat hari2, kalau nak di banding kan bulan lepas, skip2 hari tapi waktu yang beza la. Bila dah buat OPK test hari2, baru la dapat 2 line kat OPK test ~ means dapat detect hari subur. Nak share sikit gambar:-


Pict 1: Waktu ni CD-12. First test untuk OPK. Result nye -ve.


Pict 2: Ni plak test yg hari esok nya (CD-13) tapi buat belah malam. Terus dpt +ve OPK.

Dapat share 2 hari punya je. CD-14 terus dapat -ve result untuk OPK test. So, dah tak bape rajin. Terkejut gak, nape kejap sangat.. 1 hari je. 

Masa dapat result yang CD-13 ni, hope adala rezeki kali ni, tapi bulan ni datang period dah. Hari kedua puasa dan dah petang plak tuh. Rugi la puasa dari pagi..huu. Oke, thats all. For now, nak tunggu period end so that boleh mula puasa again and tak payah ganti banyak2 puasa..T_T