28 December 2014

Step with Gyne: Fertility check-up (scan rahim)

Assalamualaikum.

Semalam. Setelah dekat 1 tahun 8 bulan lebih tak ada apa-apa usaha ke arah perubatan dan hanya conceive naturally dengan ambil acid folic, semalam dah memaksa kan hubby pergi jumpa Gyne (doktor pakar sakit puan. Sebab apa paksa? sebab hubby bukan orang yang suka pergi klinik dan sewaktu dengannya.

Dah alang2 pergi waktu pagi dan klinik tu doktor nya pun baru sampai, tunggu la juga. dalam setengah jam gitu. On that day, ingatkan banyak prosedurnya, tapi tak pun. Doktor cuma tanya background dan pernah buat apa2 pemeriksaan tak sebelum ni.

Lepastu, doktor scan rahim. Doktor tunjuk rahim normal, tak de ketumbuhan atau apa2 yang tak sihat. Telur pun sihat juga. Dijangka dalam beberapa hari akan ovulasi (hari subur). First time dapat tengok rahim dan telur sebelah mana yang aktif untuk senyawakan nanti. Seronok dan lega rasanya.

Next prosedur, hubby kena hantar sperm specimen dekat pathlab. Tunggu result tu dulu. Then doktor akan analyze untuk rawatan apa next step.

Tapi kan kenapa ye, scan rahim sahaja -- bayarannya RM 80.00. Normal ke harga tuh? Hubby macam tak berapa nak puas hati sikit harga nya.

wait for the next step. chaiyok2

~until next post~

17 December 2014

BBT : November cycle

Assalamualaikum.

Okey. untuk bulan ni juga, still tiada gud news. Masih ber-BBT macam biasa. Masih berharap dan mengharap. Masih kena think positive. Kena always kebal hati supaya tak frust menonggeng bila temping suhu menjunam pada hujung2 cycle. smile always even people wouldn't know whats in your heart.



1. Untuk cycle ni, nampak tak banyak dot putih tuh? sebab temping tak ikut waktu biasa and ada save data as tired.

2. Untuk cycle ni juga, bulan kedua makan acid folic as supplement. Sebelum ni tak ambil apa2 pun. Memang TTC naturally.

3. Pada cd-7, suhu 36.9. On that day, demam pasal terlebih buat excercise. Kehkehkeh.. excited nak kuruskan perut, sudahnya, sakit urat, terus demam lepas tu. Then, lansung tak sambung exercise balik.

4. Triphasic pattern tu memang nampak dekat chart tp bulan ni banyak suhu yang mendatar je.

5. Selepas 4 bulan guna BBT chart ni, dapat tengok pattern yang agak boleh kata memang my pattern bila dekat cd-11 / cd-10, suhu akan naik sehingga 36.9 C, selepas tu confirm suhu turun bermakna get ready untuk period. Memang dah perhati untuk chart2 yang lepas, memang ada pattern yang sama kat situ.

6. Hari ini 18.12.2014, is my birthday. Ingat boleh la dapat gudnews on birthday sendiri kan? tapi belum lagi..dalam perancangan Tuhan. Pagi tadi dah kuar CM kaler pink tapi tak banyak, mungkin darah dah on the way nak turun.

ok. until next post. Chaiyok3 !!!!

02 December 2014

BBT chart - 3rd Cycle

Assalamualaikum.

Untuk cycle  yang ketiga. Bulan yang buat diri ini membuat harapan yang menggunung semula sebab suhu macam asyik meningkat naik tapi macam biasa tepat masanya untuk cycle baru, suhu pun drop. Slowly.


1. Bulan ni mula ambil acid folic semula selepas 3 bulan skip. Mungkin ke penyebab ambil acid folid, suhu agak tinggi selepas DPO? ada sape2 tau tak?

2. Pemerhatian selepas 2 cycle ni, ovulation day is around CD-14 ke CD-20. Masih jarak yang agak jauh. Kena tengok cycle seterusnya. Adakah ianya tetap dalam lingkungan hari yang sama.

3. Suhu drop slowly. Ambil masa 3 hari untuk suhu mendatar dan 2 hari untuk suhu drop dan period pun datang.

4. Untuk cycle kali ni, tak de apa nak experiment sangat cuma ada teruja sikit bila suhu badan lain macam je.

~until next post~