18 August 2014

Rawatan Kesuburan: Bekam dan urut 1


Assalamualaikum. Sebenarnya entry ni dah lama buat tapi baru nak share. Sebelum lupa, taip siap2. Baru kali ini rasa macam dah kuat azam nye nak mula usaha secara serius. Bila baca blog TTC yang lain, memang boleh naik semangat. Kalau kite rasa belum ada luck, orang lain punya dugaan lagi besar.

Inilah rawatan dan inisiatif pertama kami buat selepas 1 tahun beberapa bulan kawin sebab nak TTC secara semulajadi. Ubat2 pun tak ada ambil secara serius, cuma ada ambil acid folic dalam tempoh 1 bulan je pastu makan secara yang2 yok je. Huhu. (makan ikut rajin je)

Untuk yang kali pertama ni, my dad yang ajak pergi bekam dan urut. Mungkin my dad pun dah teringin nak cucu. First time ni, pegi bekam. Tapi untuk hubby, ni kali kedua la pegi bekam. Sebab pe? Dia penah buat sesaje untuk kesihatan. So, untuk kali ni hubby bekam lagi sebab treatment bekam kena 2 2 buat.

Bekam ni namanya bekam zuriat. Untuk sesi pertama, suami isteri kena berbekam. Disebabkan sy kena bekam, mestilah ada tukang bekam perempuan. Suami dengan tukang bekam lelaki. 

Perasaan buat bekam? Disebabkan buat kat badan sendiri, mana boleh tengokkan? Biasanya, tengok orang buat, macam seram sikit. Tapi kali ni, lalui sendiri. Rasa sakit tu ada la sikit waktu dia cucuk2 kat badan untuk ada rongga untuk keluarkan darah kotor tapi bukan la cucuk pakai jarum besar. Dia guna pen yang bermata jarum halus. Orang tu cucuk random je la tapi sebelum tu dia akan tekap dan pam kulit guna cup bekam tu.

Ok. Nak share sikit gambar bekam. Ni ehsan dari Google ye.





**gambar ni dari internet. Bukan gambar sendiri. Harap maklum. 

Lepas beberapa minit, dah ada kesan tekap, baru dia randomly cucuk2. Kalau cara lama, tukang bekam toreh pakai pisau lipat untuk keluar kan darah kotor, tapi kat tempat tu, tak guna cara tu. Giler nak try. Sakit tuh kalau di toreh. 

Lama juga nak tunggu selesai, siap boleh tidur taw. Mana tak nya, bekam belakang dan depan badan. Tapi ada kawasan tertentu la dia pam untuk bekam. Set yang mesy ambil ni full set bekam; means cup bekam tu banyak digunakan. 

Lepas siap berbekam, sesi urut pula. Dia urut 1 badan dan sekali urut untuk betulkan peranakan. Perghh..sakit..dia tekan. Ada la dalam 2 ke 3 kali dia urut tapi yang 1st tu la sakit sikit, senak tuh. Lepas tu tak la sakit sangat.

Ok, bab kos nye pula, tak payah cakap la. Mahal den koba an. Set bekam 1 badan dan urut: -

RM 450. [ urut 1 badan & bekam lebih kurang 30 - 40 cup]

Apa yang membuatkan ia mahal? untuk bekam yang mahal. Nasib la my dad nak support sikit. Kalau ikut kan diri sendiri, nak pegi cek ke klinik je dulu. Parent kata tak pe, kita usaha dulu. :-)

Apa rasa lepas rawatan tu, badan rasa ringan sikit la dan lambat rasa sejuk (sebelum ni badan cepat sejuk & berangin dan rasa badan tak berapa sihat). Walhal, orang lain panas. Tukang urut tuh pun boleh agak apa masalah badan.

Okeh, sambung entry lain tuk sesi bekam dan urut yang kedua..

~ until next post ~

14 August 2014

Relak dan senyum

Assalamualaikum.

Bulan syawal dah pun menjengah ke half month. Pegi beraya pun da kurang. Hari tu pun last beraya, sebelum naik cuti je. Pastu, balik je rumah sewa terus naik keje. As the title name, relax and smile. Ya, memang raya kali ni kena nampak relak dan senyum banyak disebabkan oleh soalan2 cepumas.

Yang paling tak boleh blah punya statement setakat beraya ritu ialah dari uncle belah husband. Duk tanya bila nak ada baby, kalau belum, dia nak bagi anak kucing. Kau rasa???? Statement kau tu memang tak patut. haih.. sila cover dengan senyuman manis ye.

Setakat dah mula tuk alih fokus sikit. So, tak de la duk terpikir je. Ha.. pe lagi, duk lenjan pe je makanan &  minuman yang nampak sedap di mata. Tapi nenas tak berani la. Takut juga, mana la tau kot2 de rezeki, tetiba ko makan mende2 tu banyak2, tak ke haru nanti.

Ceriakan la hati sendiri. Luar nampak biasa tapi dalam hati tak siapa yang tahu melainkan Tuhan.

Be positive. :-)

23 July 2014

Ramadhan dan Aidilfitri dengan perasaan

Assalamualaikum

Hari ini khamis dah. Lagi beberapa hari je nak raya kan? Sepanjang ramadhan ni, hampir tiap minggu masak sendiri. Tak ada pegi beli lauk kat bazar. Melainkan husband shift petang. Tapi kalau minggu lain tu ada la beli air or kuih je. Sampai rumah pas balik keje dah pukul 5 lebih. Baring guling2 kejap, solat, dah pukul 6. Memang bersilat kat dapur.

Walaupun raya dah nak dekat, tapi tak countdown for raya sebenarnya. Countdown untuk period. Samada bulan ni ada rezeki ke tak untuk baby. Sebab pe? Breast dah rasa lain macam. Semalam bukan main sakit lagi. Tak sedap duduk dibuat nye. Rasa sakit yang mana; tak pegang pun sakit. (paham tak? hehe.. tak tau nak explain dah). Tapi pagi ni dah ok cuma macam tetibe macam sakit on off. Bahagian *bawah* pun rasa tak selesa.

Banyak tanda nak period tapi tah la. Baru CD ke berapa tah ni. Macam awal lagi. Malas nak layan perasaan sangat tapi bila tengok kawan2 selfie dengan perut masing2 rasa macam... hmm (u_u) bia la. Tunggu la bila rezeki kite plak sampai. Semalam tengok ramai yang post pasal scha al-yahya dah bersalin. Seronok tengok gambar jari baby dia. hehe..

Mungkin raya kali ni kami raya berdua lagi. Rasa macam x de perasaan nak pegi beraya nanti. Sebab dah kalau orang duk jeling2, duk pandang2, duk tanya bila nak ade baby.. semua tu buat rasa down je. tau tak????????????????

Sekarang tengah pulun beading baju mak. Yela, tukar fokus ke benda lain supaya tak terlalu pikir pasal anak. Duk pikir manik pun stress gak. Bila la nak siap. Raya dah nak dekat. Nasib la baju orang dah siap dulu.

until next post

01 July 2014

Ramadhan ke-4 dan Jun cycle

Assalamualaikum.

Salam ramadhan kepada readers [kalau de yg baca la ;) ]. Hari ini dah masuk ramadhan ke-4 tapi me tak dapat puasa pun. Sekarang CD-3. Pasal cycle bulan Jun plak, memang de kaitan la dengan Puasa tahun ni. Ingat dapat la puasa untuk minggu pertama ni, rupa nya tak.

Untuk past 2 month, cycle period jadi lama okeh.. 30 hari dan 32 hari. Tetiba plak bulan Jun ni, jadi 25 hari je. Bulan lepas pun emosi tak berapa nak stabil. Asek stress and rase macam emo giler. Ingat period lambat tapi wrong expectation. Start dari bulan Jun da makan asid folic semula..selepas stop awal tahun ritu. So, mungkin sebab dah makan asid folic, period jadi pendek sikit (agaknye la.. me pun x tahu sahih nye.)

Selain tu, bulan ni tak de senggugut sangat just rasa macam period angin je dan pedih ulu hati dan ngilu kat breast. Tak tahu la sebab pe. Haih la.. period jadi tunggang langgang. Tak pe la. Selagi datang tiap bulan, ok la. Ingat lepas ni nak try alternative lain untuk TTC (try to concieve).

Bulan lepas buat OPK test (Ovulation Predict Kit), betul tak ni? hehe.. maaf kalau salah explain. Kali ni buat hari2, kalau nak di banding kan bulan lepas, skip2 hari tapi waktu yang beza la. Bila dah buat OPK test hari2, baru la dapat 2 line kat OPK test ~ means dapat detect hari subur. Nak share sikit gambar:-


Pict 1: Waktu ni CD-12. First test untuk OPK. Result nye -ve.


Pict 2: Ni plak test yg hari esok nya (CD-13) tapi buat belah malam. Terus dpt +ve OPK.

Dapat share 2 hari punya je. CD-14 terus dapat -ve result untuk OPK test. So, dah tak bape rajin. Terkejut gak, nape kejap sangat.. 1 hari je. 

Masa dapat result yang CD-13 ni, hope adala rezeki kali ni, tapi bulan ni datang period dah. Hari kedua puasa dan dah petang plak tuh. Rugi la puasa dari pagi..huu. Oke, thats all. For now, nak tunggu period end so that boleh mula puasa again and tak payah ganti banyak2 puasa..T_T


04 June 2014

CD ke 34 : kecewa lagi

Askum.

Khamis, 5 Jun 2014. Bersamaan CD-34. Sehingga pagi ni, menunggu hari mendatang dengan harapan rezeki kami ada. Rupanya sama macam bulan2 yg lepas. Macam biasa tanda2 period tu ada. So, pd mulanya ingat memang akan period tapi bila dah delay sampai 34 hari, ingat kan ade la rezeki kali ini.

Rupenye.. harapan pelesu palsu. Pagi ni bila dah sampai opis, rasa macam de darah turun. No feeling to describe. =,=

Tak pe la. Redha je la untuk kali ini. Bulan lepas punye period memang dah ready kan hati dan nurani ini jangan frust menonggeng lagi macam bulan2 lepas. So, memang bear in mind, jangan ngarap sangat. So.. ha..banyak so. Sebab tak tau nak luah kat sape. Luah kat blog je la.

Siapa2 yang singgah sini, terima kasih baca kisah yang x seberapa ni, kalau nak banding dengan orang lain yang lagi lama. Tapi.. jauh dalam ati ni, rasa macam Lost sekejap.

Yup, kena teruskan life macam biasa. Kena terus usaha lagi. Kena terus doa lagi. :-)

02 June 2014

Menanti di CD-33

Assalamualaikum.

Selasa, 3 Jun 2014. Hari ini dah masuk CD-33. Period still tak de tanda2 nak turun. Masih mengharap mungkin kali ini ada harapan. Tapi pagi tadi buat UPT test tapi naik 1 line je. So, memandangkan still belum period, yok kite ganti pose rini..hehe.

Ramadhan dah nak dekat tapi puasa tak habis ganti lagi. Boleh idak gitu? rase lah kau puasa awal dari orang lain. Jenuh nak bagi habis puasa ganti ni. Tadi sahur pun dengan roti krim je. Sedeyh tak? huhu.. malas nak masak pagi2 sebab tengok hencek suami sedap tidur.

Tak pe. Tunggu lagi hari2 mendatang. Macam mana la period ni, dah tunggang langgang. Makin lama makin lambat due period. Nak kata ambil supplement, tak de pun. Cuma last sekali minum Klorofil. Kalau tak silap 3 or 4 hari before period. Ha.. amek. period terus lambat datang. Ni bulan2 lepas punya cerita la.

Dah takut punye pasal, terus stop dulu minum Klorofil. Tapi tengok bulan ni, still belum lagi due period. Atau sebab demam teruk last 3 week tuh jadi efek period ek? haih.. poning den.

Ada siapa2 boleh tolong jelaskan, knape la my cycle jadi tunggang langgang cam ni. Memang susah nak dapat cycle cantik dah sekarang ni. Sama ada bawah 27 hari atau atas 29 hari. Itu pun tak konsisten.

bersambung..


29 May 2014

Tunggu Lampu 'merah'

Assalamualaikum.

Bulan Mei pun dah nak habis. Cepat masa berlalu. Walaupun time kerja tu rase macam.. aih, bila nak waktu balik neh. Tup2..dah nak hujung bulan dah. Kalau ikut Period phone app, due date for period is yesterday tapi belum ada apa2. So, paling lambat pun mungkin genap 30 hari.

Geram je period cycle ni. Dah tunggang langgang kalau nak compare masa before kahwen. Knape ek? susah dah nak agak bila hari subur. Seperti entry sebelum ni, dah cakap nak guna OPK (Ovulation Predictor Kit) kan? Hehe..kite ni dah jenis tak sabar nak buat teratur. Bila dah buat, asyik tak dapat detect bila hari subur, terus dah ingat2 lupe je. Last week la, dapat buat 2 test je. Itu pun 2 2 test warna line tak terang. Terus malas.


1) Cycle Day -11 (OPK test)
: Buat sebelah malam sebab time malam je sempat nak buat. Waktu kerja, asyik lupa je.

Cycle Day (CD)-11

2) Cycle day - 14 (OPK Test)
: Masa tu MC sebab demam tapi that day demam dah kurang cuma sakit kpale. Line 2 2 naik tp tak terang.

Cycle Day 14

Hari ini pun dah jumaat, nak abis bulan dah. Fikiran kena positif. Semangat kena positif. So, every thing kena positif. Baru tak stress. 

09 May 2014

Mula dengan Konsisten

Assalamualaikum.

Selepas terbaca blog cujenlejen & blog FindingTwoLines, semangat nak mula put an effort on my TTC secara konsisten tu dah dapat balik. Sebelum ni hangat2 taik ayam je. Contoh nya pil acid folic. Bila tengok orang kata elok ambil acid folic untuk persediaan before pregnant, I beli lah sebab nak cuba. Mula2 je konsisten makan pil tapi lama2 dah skip2... then lama2 dah terperuk dalam handbag...T_T.

Bukan setakat acid folic je beli, OPK atau Ovulation Predictor Kit pun beli. Itu pun pakai 2 test je, lepas tu macam..eh, cam takde beza pun. Terus terperuk dalam laci.

Lepas setahun kahwin, still tak de tanda2 pregnant. Macam2 perasaan ada. Asben plak bila ajak pegi cek kat gynae, macam tak de feeling je nak buat. Tak dapat nak agak apa dalam fikiran dia. Mula dari bulan lepas, jadi main cak2 pulak period. Tunggu dekat 4 ke 5 hari, period tak yo datang. Hati ini duk pikir, ni nak period ke idak. Rupanye, lambat. Sejak lepas kahwin ni, period jadi tunggang langgang. Before kahwin, cantik je schedule period. Tak lari jauh pun. 27 ke 28 ke 26 ke. Itu je. Tapi lepas kahwin, terus tak cantik dah period cycle.

Lepas dari last period, terus rasa down sangat2. Bila ter-google 2 blog tadi tu, terus semangat nak serius TTC. Hope lepas ni tak la hangat2 taik je. Kalau nak ikut kan jage hati orang, tak larat dah. Kawan2 yang kahwin saing pun macam ikut turn plak pregnant. Aduh..stress sangat.

So, take the serius 1st step ok. 

Today.. start with OPK and acid folic again. 

chaiyok!!!

07 May 2014

Time to start

Hari ini genap satu tahun satu bulan for our marriage. I decide to build or make this blog as my effort to record or make as my journey to have our baby. Tengok kawan2 yang saing tarikh kahwin semua dah pregnant. Frust je rasa, tiap kali period datang, tiap kali lewat period then buat UPT test --- dapat -ve result, tiap kali orang asyik tanya dah berisi ke -- dah bertiga ke -- bila lagi, hanya tuhan je tahu macam mengharap untuk ada rezeki anak. Never mind, this is first post as my first effort. chaiyok2.....!!!!